Rabu, Oktober 14, 2015

PEK Selangor lawat Koperasi Masjid As-Salam.....


Lawatan Penanda Aras Koperasi oleh Pegawai Ehwal Koperasi (PEK) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) seluruh Parlimen Selangor telah berlansung di Masjid As-Salam dengan jayanya pada 15 September 2015.


Mengetuai rombongan PEK Selangor ialah En Zainul Haya, Ketua PEK Selangor.

Taklimat hala tuju KoSalam telah disampaikan oleh Tuan Haji Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam merangkap Pengerusi KoSalam.

Insya-Allah, KoSalam akan dijadikan contoh kepada koperasi-koperasi masjid yang lain.

Hadir sama dalam taklimat ini ialah Tn Hj Sharif Iskandar, Penasihat Masjid dan Chef Hj Zainuddin Ismail rakan niaga mewakili Angkasa Holdings (Angkasa Foods).

Maklumat terkini aktiviti KoSalam akann didokumentasikan oleh pihak SKM Selangor untuk dijadikan rujukan kepada kopearsi kariah masjid yang lain.

 


Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories