Rabu, Oktober 14, 2015

Klinik Bergerak di Masjid As-Salam Puchong Perdana.......


Klinik Bergerak di Masjid As-Salam Puchong Perdana.......
Satu lagi Program Usahasama di antara KPJ, PWS dan Bank Muamalat untuk masyarakat setempat.


Khidmat Kesihatan ini disediakan untuk mereka yang berpendapatan rendah, golongan miskin, orang kurang upaya, dan mereka-mereka yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa atau keturunan.

Caj perubatan hanya RM5 sahaja termasuk konsultasi doktor dan ubat-ubatan.

Klinik Bergerak ini akan berada di Perkarangan Masjid As-Salam setiap hari Jumaat 10:00pagi hingga 6:00ptg.

Operasi Klinik adalah dibawah seliaan dan pemantauan Hospital Pakar KPJ Damansara.

Semoga usaha ini memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories