Selasa, Jun 02, 2015

As-Salam ambil inisiatif pertingkatkan kompetensi AJK Masjid dan surau


Kursus Kepimpinan & pengurusan masjid Siri 1 bahagian ke dua telah berjaya dilaksanakan pada 31 Mei 2015 yang lalu. Seramai 54 orang pegawai masjid telah mendaftar sebagai peserta. 

Majoriti peserta adalah dari anak kariah Masjid As Salam dan ada juga yang datang dari Negeri Kedah dan Johor. Program dimulakan dengan pembukaan oleh Tuan Haji Yasim Bin Mohamed iaitu nazir Masjid As Salam Puchong Perdana. Kemudian diteruskan dengan pembentangan kertas kerja juga disampaikan sendiri oleh Tuan Haji Yasim Bin Mohamed.



Tajuk kertas pembentangan yang disampai ialah ‘Integriti dalam pengurusan Masjid’ dan ‘Bagaimana menjadi ajk masjid yang berkesan’. Para peserta begitu khusyuk mendengar penerangan yang disampaikan oleh Tuan Haji Yasim Bin Mohamed.

Di dalam pembentangan, Tuan Haji Yasim menerangkan senario masjid pada hari ini yang dilihat kurangnya sambutan oleh masyarakat disekeliling.  Antara sebabnya ialah krisis kepimpinan, peranan masjid disempitkan, kelas pengajian tidak dipromosi sebaiknya, tidak mesra jemaah dan lain-lain lagi. Selain itu beliau juga menerangkan punca kelemahan institusi masjid antaranya kepimpinan pengurusan masjid yang lemah, AJK Kurang Komitmen dan kelayakan, Landskap tidak menarik dan Aspek kebersihan dan keceriaan kurang diberi perhatian. Semua perkara ini perlu dipandang serius bagi menjadikan masjid sebagai pusat tumpuan oleh semua masyarakat.

Rata-rata peserta amat berpuashati dengan pembentangan yang disampaikan. Kelihatan mereka begitu bersemangat bagi mencapai visi dan misi masjid masing-masing. Sebelum pulang jamuan makan dan sijil penyertaan disediakan kepada setiap peserta. Majlis berakhir pada jam 1.00 petang.


 





Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories