Ahad, Mei 31, 2015

Masjid As Salam terima kunjungan pelawat dari luar Negara, Maldives.



 Pada 26 Mei 2015 yang lalu, Masjid As Salam Puchong Perdana telah menerima kunjungan pelawat dari luar Negara iaitu dari Negara Republic Of  Maldives. Rombongan terdiri daripada 29 orang Pegawai Masjid (Imam)  Maldives dan diiringi oleh 5 orang pegawai dari JAKIM.

Rombongan tiba di Masjid As-Salam pada jam 9.30 pagi.  Mereka disambut dengan beberapa acara yang telah diatur oleh pihak Masjid. Antaranya upacara menaikkan bendera, persembahan oleh pelajar Tadika Islam As-Salam, dan gimik persembahan helikopter kawalan jauh.  Selepas itu rombongan diberikan taklimat khas oleh Nazir Masjid, Tuan Haji Yasim Bin Mohamed mengenai aktiviti dan kemudahan yang terdapat di Masjid.


Antara lokasi yang dibawa melawat di Masjid As Salam  ialah Pusat Sumber, Pejabat Pentadbiran, Tadika Islam As Salam dan Tahfiz As Salam. Mereka dibawa melawat ke tempat tersebut dan kelihatan mereka amat tertarik dengan kemudahan yang disediakan.  Selepas itu para pelawat dijemput ke bilik mesyuarat untuk mendengar ceramah mengenai ‘Masjid ~ The Best Center for Social Development’ yang disampaikan oleh Nazir Masjid.

Mereka  begitu teruja dengan pencapaian yang diperolehi oleh Masjid As Salam. Sebelum bergerak pulang pihak masjid As Salam menghadiahkan cenderamata sebagai kenangan kepada pihak Maldives dan ILIM. Masjid As Salam merakamkan setinggi penghargaan kepada seluruh Ahli  jawatankuasa Masjid yang telah berkerjasama dalam menjayakan lawatan dari Negara luar ini. Diharapkan masyarakat akan melihat masjid bukan sahaja tempat beribadat malah banyak lagi fungsi yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat sekeliling.
Pegawai Masjid dari Maldives disambut oleh Tuan Nazir dan Tn Hj Sharif Iskandar, Penasihat Masjid As-Salam

Taklimat pengurusan disampaikan oleh Tn Nazir Masjid As-Salam





Rombongan dibawa melawat Pusat Sumber Masjid As-Salam
Pelawat dari Maldives begitu teruja melihat seorang pelajar Tahfiz (OKU / cacat penglihatan) membaca Al-Quran menggunakan Braille
Rombongan dibawa melawat ke Madrasah Tahfiz As-Salam
Tuan Nazir memberi penerangan tentang Tadika Islam As-Salam
Bersama Pegawai Kanan dari ILIM melawat Tadika Islam As-Salam

Penerangan berhubung organisasi dan program masjid telah disampaikan oleh En Ery Sudirman.


Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories