Selasa, April 21, 2015

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2015


4hb April 2015;  Majlis ini dianjurkan sebagai sumbangan pihak Masjid As Salam kepada anak kariah selain sebagai satu galakan untuk mereka terus berusaha mencapai kejayaan.

Majlis dibuka dengan mukaddimah daripada En. Roslan selaku Pengerusi majlis, seterusnya ucapan daripada Haji Yasim selaku Nazir Masjid As Salam.


Seterusnya, majlis diteruskan dengan tayangan video pelajar yang dianugerahkan sebagai Pelajar Cemerlang SPM Anak Kariah Masjid As Salam, bagi kategori Muslimin, dianugerahkan kepada Saudara Izzul Hakim Bin Ahmad Badri manakala bagi kategori Muslimat dianugerahkan kepada Saudari Nurfadhilah Binti Waji. Kedua-dua pelajar diberi peluang untuk menyampaikan ucapan berkenaan rahsia kejayaan yang digunakan.
Majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah kepada para peserta yang hadir. 11 peserta bagi kategori SPM dan 1 peserta bagi kategori STPM. 




Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories