Sabtu, Februari 14, 2015

Masjid As-Salam sumbang khemah kepada PDRM Balai Bukit Puchong

Tn Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam membuat penyerahan sombolik kepada SI Baharudin Hamzah (baju biru)

Puchong, 13 Feb 2015;  Satu majlis penyerahan sumbangan kepada PDRM Balai Polis Bukit Puchong telah diadakan di hadapan Restoran Ala Kadar Saujana Puchong sempena perasmian pembukaan restoran tersebut malam tadi.

Sumbangan daripada Masjid As-Salam Puchong Perdana yang berupa 7 unit khemah untuk kegunaan anggota PDRM Balai Bukit Puchong telah disempurnakan sendiri oleh Tn Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam kepada Sub Inspektor Baharudin Hamzah, Timbalan Ketua Balai Bukit Puchong. Majlis penyerahan telah disaksikan oleh Tn Hj Mohd Sharif Iskandar, Ketua Kampung Batu 14 merangkap Penasihat Masjid As-Salam serta wakil daripada Puchong Bikers.


Dalam ucapannya, Tn Hj Yasim menjelaskan bahawa selaras dengan tagline Masjid As-Salam iaitu "memasyarakatkan masjid, memasjidkan masyarakat", penyerahan sumbangan ini sekaligus menunjukkan keperihatinan Masjid As-Salam terhadap kerjasama dan jalinan yang erat dengan PDRM Balai Bukit Puchong selama ini. Moga-moga ianya memberi manfaat kepada semua.

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories