Khamis, Januari 22, 2015

Sukarelawan Masjid As-Salam dalam Misi Bantuan Mangsa Banjir di Kelantan


Persiapan barangan/peralatan  dan taklimat sebelum memulakan
Operasi 1 iaitu ke Padang Temangan, Machang



 

Jumaat, Januari 09, 2015

Nazir Masjid Terbaik Negara

BUKAN mudah memimpin sesebuah institusi jika tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman luas.

Malah ia mungkin menjadi lebih sukar apatah lagi jika membabitkan pengurusan sebuah masjid yang bukan sahaja menjadi tempat beribadat malah rujukan masyarakat Islam setempat.

 Bagi Nazir Masjid As Salam Puchong Perdana, Tuan Haji Yasim Mohamed, pengetahuan dan pengalaman yang digarap ketika menyambung pengajian di luar negara ibarat bonus kepadanya apabila dilantik memegang jawatan itu sejak tahun 2009.

Misi ditanam yang pada mulanya hanya bayangan dan angan-angan kini hampir dicapai dan beliau bersyukur institusi agama di bawah pimpinannya dinobatkan sebagai masjid terbaik di seluruh negara, baru-baru ini.

Bapa kepada tiga anak ini berkata, beliau berhasrat menjadikan Masjid As Salam juga dikenali sebagai masjid terapung Puchong sebagai model institusi pengurusan berintegriti, pusat ibadah, penyebaran dakwah, perkembangan ilmu dan budaya Islam yang terkemuka.

 Untuk mencapai hasrat itu, Tuan haji Yasim menubuhkan sebuah pasukan kreatif dan inovatif dalam membangunkan masjid, malah turut mewujudkan jawatankuasa yang menjadi pemikir ke arah kecemerlangan institusi ibadah itu.

Kursus Asas Haji Bersiri

Grab this Widget ~ Blogger Accessories