Isnin, Disember 22, 2014

Laporan Kem Pembangunan Modal Insan


Firman Allah yang bermaksud:

‘Oleh sebab itu maka anak yatim janganlah kamu hinakan.’ (Ad- Dhuha)

Program Back to School merupakan program tahunan Masjid As-Salam yang mana anak-anak yatim kariah Masjid As-Salam Puchong Perdana diberi peluang untuk membeli keperluan peralatan persekolahan mereka dengan pembiayaan sepenuhnya oleh Masjid. Rentetan daripada program inilah lahirnya program Kem Pembangunan Modal Insan.

Kem ini merupakan program ilmiah yang diadakan khusus untuk anak- anak yatim kariah Masjid As-Salam yang berdaftar di bawah biro kebajikan. Tujuan diadakan kem ini adalah sebagai satu bentuk bantuan ilmiah yang diberikan oleh pihak Masjid selain daripada bantuan kewangan yang lazim diterima. Disifatkan dengan adanya program ini dapat mengolah atau mengubah persepsi masyarakat khususnya anak kariah Masjid bahawa sedeqah atau bantuan amal kepada golongan yang memerlukan tidaklah terhad dalam bentuk kewangan sahaja.

Pelbagai aktiviti menarik diselitkan buat menambah pengetahuan dan mencerdaskan jasmani peserta program antaranya latihan dalam kumpulan, smart solat, kaunseling kelompok, muhasabah diri dan slot khas bersama ibu bapa dan anak-anak. Ditambah apabila pihak Masjid As-Salam mengadakan koloborasi bersama Persatuan Belia Masjid Selangor dan pelajar Sarjana Kaunseling Universiti Sains Islam Malaysia, kami menerima pelbagai respon positif baik daripada peserta mahupun ibu bapa. Tiada ungkapan yang lebih bermakna dapat diberikan melainkan ucapan terima kasih kepada mereka-mereka yang terlibat serta yang sudi menyumbangkan kerahan tenaga dan usaha dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar. Diharap program sebegini dapat diadakan sebagai program tahunan Masjid As-Salam sebagai kesinambungan program tahunan Masjid, Back to School. InsyaAllah.
Laporan oleh Biro Kebajikan, Masjid As-Salam

 








 
 

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories