Isnin, Disember 22, 2014

Kuliah Dhuha Muslimat Bersama Ust Isfadiah




Kuliah Dhuha telah berjaya dijalankan pada 14 Disember lalu dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada anak kariah Masjid As-Salam dengan penyertaan seramai 80 orang kesemuanya.


 

Kursus yang bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir 11 pagi. Telah menampilkan Ustazah Isfadiah bt. Ahmad Dasuki seorang penceramah bebas bagi menyampaikan ceramah berkenaan cara mendidik anak-anak dalam institusi kekeluargaan Islam. Selanjutnya pergaulan diantara sesama insan bersama masyarakat sejagat.


 

Sebelum ceramah berakhir, para hadirin telah mengajukan beberapa soalan kepada ustazah bagi menjawab persoalan yang menjadi bermain di luar kotak fikiran mereka.. Semua hadirat dan hadirin merasa gembira dengan ceramah yang disampaikan dan berharap program ini akan berterusan dari Masjid As-Salam Puchong Perdana.




Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories