Khamis, Oktober 30, 2014

Delegasi Brunei melawat As-Salam untuk kongsi pengalaman...

Delegasi dari Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei diketuai oleh Hj Rajid Mohd Salleh (duduk lima dari kanan) bergambar bersama Tn Nazir As-Salam

Puchong, 30 Okt 2014; Masjid As-Salam Puchong Perdana telah menerima kunjungan lawatan kerja dari Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam. Pemilihan Masjid As-Salam Puchong Perdana telah dicadangkan oleh Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berdasarkan kepada kriteria Masjid Terbaik Malaysia.

Seramai 5 orang anggota delegasi dari Jabatan Hal Ehwal Masjid Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam telah disambut dengan Meriah dengan diberi penghormatan dengan acara menaikan Bendera kedua-dua Negara beserta lagu kebangsaan dimainkan untuk menyambut tetamu dari Kerajaan Negara Brunei Darussalam. Delegasi dari kerajaan Brunei adalah:
1. Haji Abd. Rajid bin Haji Mohd Salleh
Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid
2. Mohamad Alyani bin Ismail
Ketua Bahagian Idarah (Pentadbiran)
3. Haji Azyrin bin Haji Awang Damit
Ketua Bahagian Ri’ayah (Pemuliharaan)
4. Haji Suhaimi Bin Haji Mohd Norr
Ketua Bahagian Bimbingan dan Latihan
5. Haji Jamil bin Haji Gani
Pegawai Hal Ehwal Masjid, Daerah Brunei dan Muara
Selepas acara menaikan Bendera beserta dengan lagu Kebangsaan kedua-dua buah Negara, rombongan delegasi dan tetamu jemputan yang hadir telah dihiburkan dengan pesembahan Nasyid dari anak-anak Tadika Islam As-Salam dibawah pimpinan Ketua Biro Muslimah, Puan Hajjah Norakmar dan permainan Helikopter Kawalan Jauh dari Biro Belia dan Riadah Masjid As-Salam Puchong Perdana yang merupakan gimik bagi mengalu-alukan ketibaan Deligasi.

Tetamu jemputan yang hadir adalah Tuan Haji Shariff selaku Penasihat Masjid As-Salam Puchong Perdana, Ahli Jawatankuasa PIMPINAN, Pegawai-pegawai dari JAIS dan juga Pengerusi Persatuan Belia Masjid Selangor .

Rombongan delegasi dan tetamu jemputan diberikan taklimat sepanjang 2 Jam 40 Minit berhubung kecermerlangan Pentadbiran Masjid As-Salam Puchong Perdana dan taklimat tersebut disampaikan oleh Tuan Haji Yasim Mohamed selaku Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana.
Majlis berakhir pada pukul 1.40 tengahari selepas solat Zohor berjemaah dan makan tengahari. Majlis penutup pula disampaikan dengan pertukaran cenderahati diantara Kerajaan Brunei dan Masjid As-Salam Puchong Perdana.

Laporan oleh;
Ery Sudirman Basri
IMP(Dip), EMOPM(Degree AeU)
Pegawai Khas Nazir As-Salam
merangkap Pengarah Program.


Penghormatan semasa Lagu Kebangsaan Malaysia dan Lagu Negara Brunei di mainkan
Tn Hj Yasim Mohamed selaku Nazir As-Salam memberi taklimat ringkas kepada tetamu yang hadir
 


 

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories