Ahad, Oktober 19, 2014

Anggota-anggota KoSalam Teruja menikmati Dividen Tahun 2013 sebanyak 10%



Mesyuarat Agong Koperasi Kariah Masjid As Salam Puchong Perdana Berhad (KoSalam) berlangsung pada 12 Okt 2014 memberikan sinar  harapan pada anggota agar KoSalam menjadi koperasi yang unggul, berdaya saing dan terbaik.

Mesyuarat Agong dimulai dengan ucapan Pengerusi ALK, Tuan Haji Yasim Mohamed menerangkan halatuju dan wawasan KoSalam pada masa kini dan akan datang. 

Antara perancangan besar KoSalam ialah penubuhan ‘Homestay’ As Salam dan Pasaraya As Salam melalui 4 lot bangunan kedai dan tambahan 2 lot bangunan untuk disewakan pada Lembaga Zakat Selangor.

Mesyuarat Agong dirasmikan oleh Ketua Kampong Batu 14, Tuan Haji Mohd Shariff bin Iskandar. Pemerhati Mesyuarat Agong dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia Petaling dan Shah Alam turut hadir dalam memantau perjalanan mesyuarat agong.

Tn Hj Yasim Mohamed, Pengerusi KoSalam dan Tn Hj Mohd Shariff Iskandar Perasmi Mesyuarat Agong KoSalam 2014
Barisan ALK Kanan KoSalam
Sesi pendaftaran anggota berjalan lancar
Anggota-anggota KoSalam memberikan cadangan yang bernas untuk memajukan Koperasi
Banyak cadangan-cadangan yang diterima daripada anggota KoSalam
Barisan ALK yang komited bertanggungjawab untuk memajukan KoSalam

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories