Khamis, September 04, 2014

Kekosongan jawatan sebagai Bilal sepenuh masa


Masjid As-Salam Puchong Perdana mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memenuhi kekosongan jawatan sebagai Bilal (sepenuh masa) seperti berikut:

Syarat dan kelayakan

1) Seorang hafiz / kebolehan menghafaz Al-Quran (Satu keutamaan)

2) Memiliki suara dan bacaan Al-Quran yang baik dan mantap

3) Pemegang sijil/ diploma dalam bidang berkaitan

4) Kebolehan berkomunikasi dengan baik

5) Kebolehan menggunakan komputer

6) Seorang yang bermotivasi tinggi

7) Boleh bekerja tanpa arahan dan pengawasan

8) Memiliki sikap yang betul serta semangat “kerja berpasukan” yg tinggi

9) Ingin belajar perkara yang baru dan bersifat kreatif


10)  Usia tidak kurang daripada 20 tahun dan tidak melebihi 35 tahun.
 
Kepada yang berminat dan berkelayakan, sila hantarkan resume dengan kadar segera kepada:
nazir.assalam@gmail.com

Tarikh tutup permohonan:  30.11.2014

Masjid As-Salam Puchong Perdana
15hb November 2014

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories