Jumaat, Ogos 29, 2014

As-Salam Juara Anugerah Masjid Malaysia 2014

PUTRAJAYA 28 Ogos - Penganjuran program yang melibatkan pelbagai anggota masyarakat termasuk yang bukan beragama Islam merupakan antara faktor kejayaan Masjid As-Salam Puchong Perdana, Selangor sehingga dinobatkan Juara Masjid Kariah 2014 dalam Anugerah Masjid Malaysia.

Nazir Masjid As-Salam, Tn Hj Yasim Mohamed berkata, usaha itu berjaya menggarap nilai dakwah dalam kalangan ahli kariah bahawa masjid merupakan tempat penyatuan masyarakat walaupun mereka berbeza kepercayaan.


"Program pengimarahan tersebut menyebabkan Masjid As-Salam mendapat tempat di hati masyarakat bukan sahaja sebagai tempat menunaikan ibadah tetapi tumpuan aktiviti kebajikan dan ekonomi.
"Malah program sumbangan yang pernah kita anjurkan juga disalurkan kepada para penduduk yang bukan beragama Islam," katanya yang ditemui selepas Majlis Perdana Ulama-Umara dan Anugerah Masjid Malaysia di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Anugerah julung kali diadakan bagi mengiktiraf masjid yang menunjukkan prestasi terbaik sebagai institusi kesatuan ummah itu menampilkan dua dua kategori iaitu Masjid Kariah dan Masjid Daerah.








1 ulasan:

Khairul Yom berkata...

Alhamdulillah..tahniah buat AJK masjid..walaupun usia masjid boleh dikatakan muda lagi tetapi itu bukan penghalang..syabas & teruskan usaha!

Grab this Widget ~ Blogger Accessories