Khamis, Julai 24, 2014

‘RAYA KEMBALI LAGI’ 2014 - Program Bersama anak-anak yatim



 
 
Seperti tahun-tahun sebelumnya, Masjid As-Salam Puchong Perdana masih lagi meneruskan tradisinya untuk meraikan golongan anak yatim dan fakir miskin dengan program ‘Raya Kembali Lagi’.

               

Program ‘Raya Kembali Lagi’ tahun 2014 kali ini disertai oleh 42 orang anak yatim dan fakir miskin telah berlangsung pada 19 Julai 2014 (Sabtu) bermula pada 2.45 petang dengan membawa peserta dan penjaga mereka ke AEON, IOI Mall Puchong untuk membeli persiapan raya beramai-ramai.


 

Setelah mereka selesai membeli persiapan raya, golongan anak yatim dan fakir miskin ini diraikan dengan majlis berbuka puasa bersama Nazir Masjid As-Salam- Tuan Haji Yasim Moahamed, Ketua Kampung Batu 14 – Tuan Haji Sharif Iskandar, warga AJK Masjid As-Salam dan Puchong Bikers dengan hidangan yang lazat. Anak-anak yatim dan fakir miskin ini turut mendapat sumbangan duit raya dan goody bag daripada Masjid As-Salam bagi memeriahkan lagi hari raya mereka.



Anak-anak yatim dan fakir miskin ini adalah antara mereka yang berdaftar dengan Kariah Masjid As-Salam dan mereka diberikan bantuan sumbangan raya dan kembali ke sekolah secara bergilir-gilir.
 







Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories