Khamis, Julai 24, 2014

Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran 2014 menjadi ikatan yang kukuh dikalangan muslimat



 
Bermula pada 5 Julai 2014 (Sabtu) bersamaan 7 Ramadhan 1435H, telah berlangsungnya program Tadarus Al-Quran secara beramai-ramai di anjung kanan, Masjid As-Salam Puchong Perdana.



Program yang disertai oleh 100 orang muslimat telah mensasarkan untuk menghabiskan 30 Juzuk al-Quran dengan membahagikan juzuk-juzuk tertentu kepada setiap kumpulan.



Alhamdulillah pada 12 Julai 2014, para peserta telah berjaya menghabiskan bahagian masing-masing. Semua peserta diraikan dengan majlis khatam al-Quran pada 19 Julai 2014.


Demi memeriahkan lagi majlis khatam al-Quran, Masjid As-Salam telah menjemput muslimat anak kariah untuk menyertai solat sunat tasbih yang dipimpin oleh Ustaz Akram, imam 3 Masjid As-Salam. Sebelum majlis khatam al-Quran bermula, Tuan Nazir Masjid As-Salam, Haji Yasim Mohamed telah memberikan sepatah dua kata serta merasmikan majlis dan kemudiannya disambung dengan khatam al-Quran yang diketuai oleh Ustazah Junaidah, seorang pendakwah bebas. Ustazah Junaidah turut menyampaikan tazkirah sempena 10 hari terakhir bulan Ramadhan yang mulia ini.



Majlis khatam al-Quran pada 21 Ramadhan itu berakhir dengan doa selamat, selawat dan serahan sagu hati untuk setiap peserta tadarus dan solat sunat tasbih.














Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories