Isnin, April 21, 2014

Laporan Program Persijilan Awam Usuluddin 2014





مَنْ خَرَجَ فِى طَلَبُ الْعِلْمِ فَهُوَ فِى سَبِيْلِ اللهِ حَتَّى يَرْجِعَ
Ertinya :
”Barangsiapa yang keluar untuk mencari ilmu maka ia berada di jalan Allah hingga ia pulang”. (HR Al-Mundziri)
Dalam mendidik masyarakat agar mencintai ilmu dan beramal dengannya, Jabatan Agama Islam Selangor telah menubuhkan satu program pendidikan berterusan yang mana program ini turut dilaksanakan di masjid seluruh negeri Selangor iaitu Program Pengajian Awam, Persijilan Awam Usuluddin, Syariah dan Bahasa Arab.

Menyedari akan keperluan dan permintaan anak kariah yang mencari-cari program pengajian Islam yang mampu biaya, Masjid As-Salam buat pertama kalinya membuka pendaftaran pelajar bagi Program Persijilan Awam Usuluddin. Kuliah yang bermula pada 15 Mac 2014 ini telah menerima hampir 30 orang pelajar. Rata-rata mereka bukanlah berlatarbelakangkan akademik Islam namun semangat dan kesungguhan untuk menuntut ilmu Allah yang menjadi asbab untuk mereka menyertai program ini.
Serba ringkas yang boleh dikongsi di sini, Program Persijilan Awam Usuluddin terbuka kepada orang awam bermula umur 18 tahun ke atas dan disampaikan oleh pensyarah yang berkelayakan daripada institusi pengajian tinggi serta lantikan Pusat Bahasa. Kuliah bersijil ini berjalan selama empat modul bersamaan 12 minggu bagi satu modul termasuk study week dan peperiksaan. Antara silibus yang diajar termasuklah Hadis Maudu’i, Sirah Rasulullah, Pemikiran Islam, Hifz Al-Quran dan Perbandingan Agama. Bagi yang berminat, anda masih berpeluang untuk mendaftarkan diri apabila modul kedua dibuka kelak.






Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories