Ahad, April 20, 2014

Laporan Kursus Pengurusan Jenazah (6/4/2014)



Penyertaan daripada anak kariah yang sangat menggalakkan
 Kursus pengurusan jenazah telah berjaya dijalankan pada 6 April lalu dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada anak kariah Masjid As-Salam dengan penyertaan seramai 139 orang kesemuanya.

Kursus yang bermula pada pukul 9 pagi telah menampilkan Ustazah Junaidah bt. Awang daripada Yayasan Al-Jendrami bagi menyampaikan ceramah kursus buat tahun ini.
Ustazah Junaidah telah menerangkan mengenai kematian dan solat jenazah dengan menyelitkan pelbagai kisah pengajaran daripada pengalamannya sebagai pengurus jenazah muslimat selama 13 tahun.
Penyampaian bertambah menarik dengan apabila peserta kursus paling muda, Adik Zikry Hakim menawarkan diri untuk menjadi model jenazah bagi amali memandikan jenazah.

 Kursus bersambung semula selepas solat zuhur dengan ceramah oleh Ustaz Zainal Abidin yang juga daripada Yayasan Al-Jendrami.

Ustaz Zainal telah menyampai ceramah mengenai adab-adab semasa pengebumian jenazah dan ketika di kawasan perkuburan bagi muslimin dan muslimat

 
 
 
Sebelum kursus berakhir, para peserta telah dibahagikan kepada dua kumpulan (muslimin dan muslimat) untuk membuat praktikal mengkafankan model jenazah. Semua peserta berpuas hati dengan kursus kali ini dan mereka pulang bersama sijil penyertaan yang dikeluarkan oleh Masjid As-Salam Puchong Perdana.

Amali mengkafankan model jenazah bagi menguji kefahaman peserta setelah mendengar ceramah.

Wajah-wajah peserta muslimat yang berpuas hati dengan kursus yang diadakan
 
 

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories