Isnin, Januari 27, 2014

Program "Ziarah As-Salam 01" 2014 mengiratkan silaturrahim antara Masjid dengan masyarakat




Sebahagian daripada Jawatan kuasa Masjid As-Salam yang turut hadir dalam Program Ziarah ini
 

حَدَّثَنَا هَنَّادٌ ، حَدَّثَنَا أَبُو الْأَحْوَصِ ، عَنْ أَبِي إِسْحَاق ، عَنْ الْحَارِثِ ، عَنْ عَلِيٍّ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " لِلْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ بِالْمَعْرُوفِ : يُسَلِّمُ عَلَيْهِ إِذَا لَقِيَهُ ، وَيُجِيبُهُ إِذَا دَعَاهُ ، وَيُشَمِّتُهُ إِذَا عَطَسَ ، وَيَعُودُهُ إِذَا مَرِضَ ، وَيَتْبَعُ جَنَازَتَهُ إِذَا مَاتَ ، وَيُحِبُّ لَهُ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ "

Maksudnya:
“Hak seorang muslim atas muslim yang lain ada enam: Jika engkau bertemu dengannya, maka ucapkanlah salam kepadanya, apabila ia mengundangmu penuhilah undangan itu, apabila ia minta nasihat kepadamu maka nasihatilah dia, dan apabila di bersin dan mengucapkan "Alhamdulillah", maka ucapkanlah "Yarhamkallah", apabila ia sakit maka ziarahilah dan apabila ia mati maka ikutilah (hantarkanlah jenazahnya sampai ke kuburnya)”
Berdasarkan hadis Hak Muslim Ke Atas Muslim, Masjid As-Salam Puchong Perdana terpanggil untuk menjalankan satu aktiviti bersiri baru iaitu Ziarah As-Salam. Jika sebelum ini Biro Kebajikan memainkan peranan dalam menyampaikan bantuan kepada anak kariah yang memerlukan, kini AJK dan Pegawai MAPP sendiri turun padang untuk turut sama menunaikan tanggungjawab muslim ke atas muslim yang lain.
 

Bagi siri pertama ini kami mengunjungi pesakit kronik lumpuh sebelah badan, Encik Abu Samah bin Abd Samad di Puchong Indah. Beliau sangat terharu dan gembira dikunjungi AJK dan Pegawai MAPP serta Jawatankuasa Surau al-Mashitah pada Jumaat lalu.
 
Tn Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam menyampaikan ucapan ringkas



Doa selamat dipimpin oleh Ust Nik Akbari, Imam 1 bersama-sama dengan AJK dan Pegawai Masjid As-Salam serta Jawatankuasa Surau al-Mashitah

En Abdul Rahman, Bendahari As-Salam menyampaikan sumbangan kepada Tuan Rumah
 
Wakil tuan rumah memberikan ucapan terima kasih atas kunjungan Ziarah As-Salam

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories