Sabtu, Januari 18, 2014

Laporan Kuliah Maghrib Perdana serta Puchong Berselawat (14 Januari 2014)


 
Alhamdulillah pada 12 Rabiul’awal tempoh hari (bersamaan dengan 14 Januari 2014), telah berlansung Kuliah Maghrib Perdana sempena Hari Keputeraan Baginda Nabi Muhammad SAW di Masjid As-Salam Puchong Perdana.
Majlis ilmu bermula usai solat maghrib berjemaah dengan berselawat beramai-ramai yang diketuai oleh Imam Masjid As-Salam, Ustaz Mohd Rusydi.
Al-Fadhil Ustaz Hairul Nizam, seorang tenaga pengajar Universiti Al-Azhar, telah menyampaikan kuliah maghrib berkenaan keperibadian baginda melalui Kitab Asy-Syamail Al-Muhammadiyah bagi menambahkan rasa cinta para jemaah terhadap baginda SAW.

Majlis ilmu yang mendapat sambutan ramai berakhir dengan solat Isyak berjemaah yang dipimpim oleh Ustaz Hairul Nizam sendiri.
 
 

 


 
 
 

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories