Selasa, Januari 21, 2014

Laporan Kuliah Dhuha Muslimat (19 Januari 2014)



 

Setiap yang ingin berjaya pasti punya azam. Namun, cukupkah keazaman semata tanpa tekad?
Kuliah dhuha yang bertajuk ‘Azam Tahun Baru’ telah disampaikan oleh gandingan mantap suami isteri, Ustazah Nurul Hidayah dan Ustaz Muhammad Al-Mutassim.
Ustazah Nurul Hidayah telah menterjemahkan penyampaian suaminya daripada bahasa arab kepada bahasa melayu, dengan menerangkan bahawa tekad adalah lebih besar daripada azam.

Merujuk kepada surah Al-Ahzab, ayat 72 dan 73, Ustaz Muhammad menegaskan bahawa amanah yang paling berat Allah galaskan kepada manusia adalah umur. Disamping itu Ustaz Muhammad telah menceritakan kisah Ibnu Hajar Al-Asqalaani yang begitu tekad untuk mempelajari ilmu hadis walaupun pada mulanya dia tidak memahami walau sepatah pun apa yang dipelajari oleh gurunya dalam tempoh setahun.
Para hadirin juga telah diberi kesedaran tentang kebaikan berazam untuk akhirat dan mengutamakan ikhlas kerana Allah dalam setiap pekerjaan.
Kuliah dhuha diakhiri dengan soal jawab daripada hadirin.
 


 

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam.nak tanya pendaftaran untuk kursus pra haji bila boleh buat ye untuk tahun 2014?

Grab this Widget ~ Blogger Accessories