Jumaat, Januari 03, 2014

Coretan KEM REMAJA IKON 2013



Perdaftaran peserta
 
Kem Remaja Ikon 2013, bertarikh 14~15 Disember 2013 merupakan satu program yang dianjurkan khas oleh Biro Belia dan Rekreasi Masjid As Salam Puchong Perdana. Ia juga merupakan hasil gabungan idea dan tenaga kerja daripada belia dan beliawanis yang berada disekitar kariah Masjid As Salam. Inilah keunikan Masjid As salam Puchong Perdana dimana anak-anak kariah yang berpengalaman tampil menyumbang tenaga dan idea untuk menjayakan misi dakwah yang mulia ini.

 
Taklimat peserta
 
Masjid As Salam Puchong Perdana amat menaruh harapan yang tinggi kepada generasi-generasi muda terutamanya remaja yang masih dibangku sekolah supaya mereka mempunyai satu sikap, penampilan dan pendirian yang baik dalam ertikata lain menjadi remaja yang mampu memberi contoh yang positif kepada remaja yang lain bersesuaian dengan tuntutan ajaran Islam dan Nabi Muhammad SAW sebagai idola seluruh umat manusia.


Hasil LDK (Latihan Dalam Kumpulan)…..

Hasil daripada beberapa mesyuarat dan persiapan rapi oleh hampir 30 orang urusetia dan fasilitator, maka terlaksanalah program yang berjaya disertai oleh 85 orang peserta iaitu 45 peserta lelaki dan 40 orang peserta perempuan yang majoritinya adalah dari kalangan anak kariah Masjid As Salam Puchong Perdana. Program berlangsung selama 2 hari / 1 malam dan diakhiri dengan sessi muhasabah bersama ibubapa dan penjaga.


Qiamullail bermula jam 5.00 pagi
 

Pihak Masjid As Salam Puchong Perdana akan terus berusaha menyemarakkan lagi program-program remaja supaya remaja-remaja yang berada di Puchong ini mampu menjadi generasi yang berketerampilan dan berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Riadah di awal pagi…


Explorace Iman….

Sessi penutup bersama ibubapa dan penjaga.


Penyampaian anugerah kepada salah seorang peserta

Kenangan peserta bersama Ajk & Fasilitator
 

 


Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories