Isnin, Januari 13, 2014

AJK dan Pegawai As-Salam diraikan di Malam Penghargaan 2013



Tanggal 4 Januari 2014 telah berlangsungnya majlis ‘Malam Penghargaan Ahli Jawatankuasa dan Pegawai Masjid As-Salam Puchong Perdana’ bagi meraikan ahli jawatankuasa, pegawai dan sukarelawan yang telah banyak memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan kejayaan yang menyokong agenda pembangunan dan pengimarahan di Masjid As-Salam.



Bertemakan pakaian batik pada malam itu, seramai lebih kurang 51 orang AJK/Pegawai Masjid As-Salam beserta ahli keluarga telah diraikan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Imam Muda adik Muhammad An-Naim dan kemudiannya disambung dengan tahlil ringkas buat arwah Encik Yusak (sukarelawan aktif MAPP) yang diketuai oleh Imam 1 masjid, Ustaz Nik Akbari.






Majlis yang berlansung di pool side Hotel De Palma Shah Alam dimeriahkan dengan sesi cabutan bertuah untuk Sub AJK dan juga AJK/Pegawai Masjid As-Salam. Disamping itu, para AJK dan Pegawai telah menerima Sijil Penghargaan daripada Tuan Nazir diatas khidmat dan tugas di Masjid As-Salam sepanjang tahun 2013.


 

Sambil menjamu selera, para hadirin dihidangkan juga dengan tayangan slide memori pahit manis program-program yang pernah berlangsung di Masjid As-Salam. Para AJK dan Pegawai masjid juga telah diberi kesempatan untuk menyampaikan ucapan.
Majlis tamat pada pukul 11.30 malam dengan bacaan tasbih kafarah dan suratul ‘Asr.
Laporan oleh;

Nur Faeza Suhaimi



 








 


 
 



Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories