Isnin, Disember 22, 2014

Kuliah Dhuha Muslimat Bersama Ust Isfadiah




Kuliah Dhuha telah berjaya dijalankan pada 14 Disember lalu dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada anak kariah Masjid As-Salam dengan penyertaan seramai 80 orang kesemuanya.

Laporan Kem Pembangunan Modal Insan


Firman Allah yang bermaksud:

‘Oleh sebab itu maka anak yatim janganlah kamu hinakan.’ (Ad- Dhuha)

Program Back to School merupakan program tahunan Masjid As-Salam yang mana anak-anak yatim kariah Masjid As-Salam Puchong Perdana diberi peluang untuk membeli keperluan peralatan persekolahan mereka dengan pembiayaan sepenuhnya oleh Masjid. Rentetan daripada program inilah lahirnya program Kem Pembangunan Modal Insan.

Kem ini merupakan program ilmiah yang diadakan khusus untuk anak- anak yatim kariah Masjid As-Salam yang berdaftar di bawah biro kebajikan. Tujuan diadakan kem ini adalah sebagai satu bentuk bantuan ilmiah yang diberikan oleh pihak Masjid selain daripada bantuan kewangan yang lazim diterima. Disifatkan dengan adanya program ini dapat mengolah atau mengubah persepsi masyarakat khususnya anak kariah Masjid bahawa sedeqah atau bantuan amal kepada golongan yang memerlukan tidaklah terhad dalam bentuk kewangan sahaja.

Rabu, Disember 03, 2014

Kem Remaja Ikon 2.0 membangun jatidiri remaja


Kem Remaja Ikon 2.0 merupakan kesinambungan Program Kem Remaja Ikon 2013 yang telah dijayakan pada bulan Disember tahun lalu.

Program kali ini lebih menumpukan aspek pembinaan sahsiah dan kekuatan kendiri yang perlu ada pada remaja masa kini demi menghadapi cabaran mendatang.

Kem ini berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di Kem Sri Raudah, Batu 12 Gombak Selangor dan di pekarangan Masjid as-salam Puchong Perdana.

Seramai 98 orang peserta termasuk ajk dan fasilitator mengambil bahagian dalam program ini.

Khamis, Oktober 30, 2014

Delegasi Brunei melawat As-Salam untuk kongsi pengalaman...

Delegasi dari Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei diketuai oleh Hj Rajid Mohd Salleh (duduk lima dari kanan) bergambar bersama Tn Nazir As-Salam

Puchong, 30 Okt 2014; Masjid As-Salam Puchong Perdana telah menerima kunjungan lawatan kerja dari Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam. Pemilihan Masjid As-Salam Puchong Perdana telah dicadangkan oleh Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berdasarkan kepada kriteria Masjid Terbaik Malaysia.

Seramai 5 orang anggota delegasi dari Jabatan Hal Ehwal Masjid Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam telah disambut dengan Meriah dengan diberi penghormatan dengan acara menaikan Bendera kedua-dua Negara beserta lagu kebangsaan dimainkan untuk menyambut tetamu dari Kerajaan Negara Brunei Darussalam. Delegasi dari kerajaan Brunei adalah:

Sambutan Maal Hijrah bersama Ustaz Tarmizi Shamsul Arif


Ahad, Oktober 19, 2014

Anggota-anggota KoSalam Teruja menikmati Dividen Tahun 2013 sebanyak 10%



Mesyuarat Agong Koperasi Kariah Masjid As Salam Puchong Perdana Berhad (KoSalam) berlangsung pada 12 Okt 2014 memberikan sinar  harapan pada anggota agar KoSalam menjadi koperasi yang unggul, berdaya saing dan terbaik.

Mesyuarat Agong dimulai dengan ucapan Pengerusi ALK, Tuan Haji Yasim Mohamed menerangkan halatuju dan wawasan KoSalam pada masa kini dan akan datang. 

Khamis, Oktober 16, 2014

Sabtu, September 27, 2014

Pegawai Masjid dan Imam dari Wilayah Nusantara berkunjung ke As-Salam

Pegawai Masjid dan Imam dari Wilayah Nusantara (Negara Indonesia, Brunei, Thailand dan Cambodia) bergambar kenang kenangan bersama dengan AJK As-Salam

Khamis, September 04, 2014

Kekosongan jawatan sebagai Bilal sepenuh masa


Masjid As-Salam Puchong Perdana mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memenuhi kekosongan jawatan sebagai Bilal (sepenuh masa) seperti berikut:

Syarat dan kelayakan

1) Seorang hafiz / kebolehan menghafaz Al-Quran (Satu keutamaan)

2) Memiliki suara dan bacaan Al-Quran yang baik dan mantap

3) Pemegang sijil/ diploma dalam bidang berkaitan

4) Kebolehan berkomunikasi dengan baik

5) Kebolehan menggunakan komputer

6) Seorang yang bermotivasi tinggi

Jumaat, Ogos 29, 2014

As-Salam Juara Anugerah Masjid Malaysia 2014

PUTRAJAYA 28 Ogos - Penganjuran program yang melibatkan pelbagai anggota masyarakat termasuk yang bukan beragama Islam merupakan antara faktor kejayaan Masjid As-Salam Puchong Perdana, Selangor sehingga dinobatkan Juara Masjid Kariah 2014 dalam Anugerah Masjid Malaysia.

Nazir Masjid As-Salam, Tn Hj Yasim Mohamed berkata, usaha itu berjaya menggarap nilai dakwah dalam kalangan ahli kariah bahawa masjid merupakan tempat penyatuan masyarakat walaupun mereka berbeza kepercayaan.

Jumaat, Ogos 08, 2014

Kekosongan Jawatan (Penolong Pembantu Tadbir)


Masjid As-Salam Puchong Perdana mempelawa Warganegara Malaysia khususnya dari kalangan anak kariah yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan seperti yang tertera di bawah:
 
Jawatan : Penolong Pembantu Tadbir
Taraf jawatan: Sepenuh masa

Kelayakan :
1) Sekurang-kurangnya berkelulusan Diploma (Ijazah dalam bidang berkaitan adalah satu kelebihan dan diberi keutamaan)
2) Berkemahiran menggunakan asas komputer seperti MS Windows, Excel, Powerpoint, browsers & e-mailing.
3) Personaliti yang baik serta memiliki sikap yang betul
4) Seorang muslimah
5) Berumur 18 ~ 30 tahun

Suasana Jamuan Hari Raya di Tadika Islam As-Salam

Pelajar Tadika Islam As-Salam sedang menikmati jamuan hari raya bersama guru-guru.

Sabtu, Julai 26, 2014

Majlis Penghargaan dan meraikan petugas


 

Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana memyampaikan ucapan terima kasih kepada semua petugas-petugas

Khamis, Julai 24, 2014

Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran 2014 menjadi ikatan yang kukuh dikalangan muslimat



 
Bermula pada 5 Julai 2014 (Sabtu) bersamaan 7 Ramadhan 1435H, telah berlangsungnya program Tadarus Al-Quran secara beramai-ramai di anjung kanan, Masjid As-Salam Puchong Perdana.



Program yang disertai oleh 100 orang muslimat telah mensasarkan untuk menghabiskan 30 Juzuk al-Quran dengan membahagikan juzuk-juzuk tertentu kepada setiap kumpulan.



Alhamdulillah pada 12 Julai 2014, para peserta telah berjaya menghabiskan bahagian masing-masing. Semua peserta diraikan dengan majlis khatam al-Quran pada 19 Julai 2014.

‘RAYA KEMBALI LAGI’ 2014 - Program Bersama anak-anak yatim



 
 
Seperti tahun-tahun sebelumnya, Masjid As-Salam Puchong Perdana masih lagi meneruskan tradisinya untuk meraikan golongan anak yatim dan fakir miskin dengan program ‘Raya Kembali Lagi’.

               

Program ‘Raya Kembali Lagi’ tahun 2014 kali ini disertai oleh 42 orang anak yatim dan fakir miskin telah berlangsung pada 19 Julai 2014 (Sabtu) bermula pada 2.45 petang dengan membawa peserta dan penjaga mereka ke AEON, IOI Mall Puchong untuk membeli persiapan raya beramai-ramai.

Sabtu, Julai 19, 2014

KONVOI KEMBARA RAMADHAN AS SALAM 2014



 
Jam sudah menunjukkan angka 11 malam.  Logiknya pada detik dan ketika itu, ramai umat Islam sudah berkira-kira untuk masuk tidur, masih bertadarus al Quran atau menjalankan pelbagai aktiviti lain bersama keluarga di hujung minggu.  Namun, di perkarangan Masjid As Salam, Puchong Perdana (“MAPP”) suasananya sama sekali berbeza.  Ini kerana, sebentar nanti majlis perasmian Konvoi Ramadhan As Salam akan berlangsung.

Selasa, Julai 08, 2014

Imam Jemputan dari Mesir

Sheikh Muhammad Abdul Aziz Mahmoud Ghonim sedang menyampaikan tazkirah

Ahad, Jun 22, 2014

Majlis Penganugerahan Masjid bertaraf 5 Bintang


  
Tn Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana menerima Anugerah Masjid Bertaraf 5 Bintang daripada  YAB Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor,  sempena Seminar Pengurusan Masjid Peringkat Negeri Selangor di Shah Alam pada Sabtu 21.6.2014.

Khamis, Jun 12, 2014

Kekosongan Jawatan: Guru Tadika diperlukan


Tadika Islam As-Salam @ Masjid As-Salam Puchong Perdana mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memenuhi kekosongan jawatan berikut:

Guru Tadika Islam

Syarat dan kelayakan

1) Seorang muslimah yang komited

2) Kelayakan minima – SPM (Kursus dan latihan akan diberi)

3) Berusia 20 ~ 40 tahun



4) Berminat dalam pendidikan kanak-kanak
5) Boleh berbahasa Inggeris asas

Hari Sukan Tadika Islam As-Salam 2014 disambut meriah...

Rabu, Mei 28, 2014

Kekosongan Jawatan Sebagai Imam (Pegawai Masjid)


Masjid As-Salam Puchong Perdana mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memenuhi kekosongan jawatan berikut:

Imam @ Pegawai Masjid


Syarat dan kelayakan

1) Seorang hafiz / kebolehan menghafaz Al-Quran (Satu keutamaan)

2) Bacaan Al-Quran yang baik dan mantap

3) Pemegang sijil/ diploma/ Ijazah dalam bidang berkaitan

4) Kebolehan berkomunikasi dengan baik

5) Kebolehan menggunakan komputer


Isnin, Mei 26, 2014

Audit AMM (Anugerah Masjid Malaysia) melonjak As-Salam ke tahap yang lebih cemerlang



Tuan Nazir Masjid As-Salam memberi penjelasan kepada Dr Nordin Ahmad, panel penilai Anugerah Masjid Malaysia

Sabtu, April 26, 2014

FUTSAL PIALA NAZIR AS SALAM 2014 BERLANGSUNG MERIAH




Alhamdulillah pada hari Ahad, 20 April 2014 bertempat di KSL Sports Centre, Puchong Utama telah berlangsung Kejohanan Futsal Piala Nazir As Salam.  Kejohanan kali ini adalah kali kedua setelah kejayaan Futsal Nazir As Salam pada tahun 2012 lalu.  Kejohanan sama pada tahun 2012 telah berlangsung di Tonga Futsal, Seri Kembangan dengan penyertaan tidak sampai 30 pasukan.

Isnin, April 21, 2014

Laporan Program Persijilan Awam Usuluddin 2014





مَنْ خَرَجَ فِى طَلَبُ الْعِلْمِ فَهُوَ فِى سَبِيْلِ اللهِ حَتَّى يَرْجِعَ
Ertinya :
”Barangsiapa yang keluar untuk mencari ilmu maka ia berada di jalan Allah hingga ia pulang”. (HR Al-Mundziri)
Dalam mendidik masyarakat agar mencintai ilmu dan beramal dengannya, Jabatan Agama Islam Selangor telah menubuhkan satu program pendidikan berterusan yang mana program ini turut dilaksanakan di masjid seluruh negeri Selangor iaitu Program Pengajian Awam, Persijilan Awam Usuluddin, Syariah dan Bahasa Arab.

Ahad, April 20, 2014

Laporan Kursus Pengurusan Jenazah (6/4/2014)



Penyertaan daripada anak kariah yang sangat menggalakkan
 Kursus pengurusan jenazah telah berjaya dijalankan pada 6 April lalu dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada anak kariah Masjid As-Salam dengan penyertaan seramai 139 orang kesemuanya.

Kursus yang bermula pada pukul 9 pagi telah menampilkan Ustazah Junaidah bt. Awang daripada Yayasan Al-Jendrami bagi menyampaikan ceramah kursus buat tahun ini.
Ustazah Junaidah telah menerangkan mengenai kematian dan solat jenazah dengan menyelitkan pelbagai kisah pengajaran daripada pengalamannya sebagai pengurus jenazah muslimat selama 13 tahun.

Isnin, Mac 31, 2014

Perginya Seorang Pejuang: Coretan Seorang Teman


Allahyarham Harun b. Nayan


Seusai solat Subuh, bahkan baharu sahaja memberikan salam kepada Malaikat Allah (Rakib dan Atid) dan masih di atas sejadah, penulis menerima panggilan telefon dari saudara Izan (orang kuat Masjid As Salam), “Bang Lan, abang Harun dah tak ada!  Pukul 4.30 pagi tadi akibat sesak nafas…  Sebenarnya, badan masih penat kerana seharian memandu (lebih kurang 470km) ke Perak dan kembali ke Puchong kerana jemputan kenduri di Bidor dan membawa keluarga ke beberapa lokasi lain.  Cadang nak baring sekejap lepas Subuh nak hilangkan lelah, namun, kala berbaring air mata ni sudah tidak mampu dibendung lagi…

Rabu, Mac 12, 2014

Lawatan AJK Masjid Al-Khairiyah Taman Seri Gombak, Batu Caves.


 

Nazir As-Salam bergambar bersama-sama dengan AJK Masjid Al-Khiriyah Taman Seri Gombak

Grab this Widget ~ Blogger Accessories