Selasa, Disember 03, 2013

Program 3 Masjid menyerlahkan fungsi masjid dikalangan masyarakat



 
Dalam usaha mencipta satu biah solehah di Puchong, sebuah program dilaksanakan sebagai wadah menyeluruh dalam menyebarkan dakwah secara langsung kepada kelompok sasaran iaitu mereka yang tidak berkesempatan untuk hadir berkuliah di masjid. Alternatif ini difikirkan perlu, memandangkan kelompok sasaran ini juga harus diberi peringatan dan kesedaran tentang cara hidup Islam yang sebenar.

 
Setelah empat kali pertemuan dan perbincangan, buat julung kalinya sebuah program dijalankan hasil usaha sama antara tiga buah masjid iaitu Masjid As-Salam Puchong Perdana, Masjid Asy-Syakirin Puchong Utama, Masjid Bandar Bukit Puchong dan PIMPINAN (Persatuan Nazir, Imam, Pegawai, AJK masjid/surau & PPN Negeri Selangor).
 
Program yang diberi nama ‘Program 3 Masjid’ ini diadakan pada hari Sabtu, tanggal 30 November dengan dirasmikan oleh Yang Berhormat Ustaz Sallehen Mukhyi, Exco Agama Kerajaan Negeri Selangor. Antara tetamu kehormat yang hadir temasuklah wakil PAID Petaling dan IPD Subang Jaya.
 
Mesyuarat persiapan Program 3 Masjid giat berjalan

YB Ustaz Solehen Mukhyi merasmikan Program 3 masjid

Tn Hj Zul Bahri b. Ikhsan, Nazir Masjid Asy-Syakirin bertindak sebagai Pengarah Program

Program 3 Masjid merupakan forum perdana yang membawa tajuk ‘Senyum dan Tangis’ mengupas isu kekeluargaan dipengerusikan oleh Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana, Tuan Haji Yasim Mohamed selaku moderator dan ahli-ahli panel yang cukup terkenal seperti Y.Bhg. Ustaz Badli Shah Bin Alaudin serta Prof. Dr Sharifah Hayati.
 
Turut sama bintang realiti televisyen saudara Syuib Sepahtu dan Imam Muda Aran menceriakan lagi suasana Program 3 Masjid dengan sesi bual santai sebelum forum bermula.
 
Sambutan sangat menggalakkan dengan kesemua kerusi yang disediakan pihak penganjur dipenuhi lautan penduduk yang hadir mengisi masa dengan majlis ilmu sebegini.
 
Program 3 Masjid berakhir jam 11 malam. Diharapkan program gabungan seumpama ini dapat lagi dilaksanakan sebagai satu program tahunan.



 

 
 

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories