Isnin, Disember 09, 2013

Lawatan ke Masjid As-Salam membuka minda AJK Surau Al-Furqan



Kaunseling merupakan proses perhubungan atau interaksi yang professional untuk membantu secara sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh berlandaskan etika kaunseling.
Masjid As-Salam Puchong Perdana sendiri mempunyai perkhidmatan kaunseling yang ditubuhkan bertujuan untuk membantu bukan hanya ahli kariah, malah seluruh masyarakat baik muslim mahupun non-muslim. Perkhidmatan kaunseling ini diterajui oleh Nazir Masjid As-Salam dan dilakukan secara percuma.


Dalam mendalami dan mempelajari selok belok proses kaunseling ini, pihak Masjid As-Salam Puchong Perdana menerima kunjungan lawatan pengurusan dan pengimarahan dari Jawatankuasa Surau Al-Furqan Puncak Alam Fasa 2 pada 8 Disember yang lalu.

Jawatankuasa Surau Al-Furqan menyatakan hasrat untuk memberikan perkhidmatan kaunseling di surau mereka maka penerangan disampaikan oleh Tuan Haji Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana berhubung hal tersebut disamping pengurusan dan pengimarahan masjid.

Pihak Jawatankuasa Surau Al-Furqan rata-ratanya berpuas hati dan bersedia untuk membawa perubahan ke arah yang lebih baik di surau mereka. Majlis bersurai seusai solat Zohor berjemaah.







 
 
Laporan oleh:
Adiba Munira bt Mohammad Amin


Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories