Isnin, Disember 30, 2013

Laporan Program Back to School 2014 bersama anak-anak yatim



Agihan tag kepada peserta
 
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Mereka bertanya kepadamu mengenai anak yatim, katakanlah: Memperbaiki keadaan mereka adalah baik.” 
(Al-Baqarah: 220)
Dalam mencapai Visi Masjid As-Salam Puchong Perdana untuk menyuburkan pengembangan budaya toleransi serta pengembangan budaya perdamaian, Masjid As-Salam sekali lagi menganjurkan Program Back to School 2014 selepas program ini saban tahun mendapat reaksi positif dan meriah oleh ahli kariah Masjid As-Salam Puchong Perdana.

Penyertaan program kali ini masih terdiri daripada anak-anak yatim kariah Masjid As-Salam dengan 40 orang peserta dari 29 buah keluarga yang mana 26 orang pelajar sekolah menengah dan 14 orang pelajar sekolah rendah. Sudah pasti program ini diadakan bertujuan untuk meraikan anak-anak yatim disamping meringankan beban pembiayaan persediaan mereka ke sekolah sesi 2014 akan datang.
 
Penyampaian baucer oleh Nazir Masjid As-Salam, Tuan Haji Yasim Mohamed
Bermula jam 8.30 pagi, program dirasmikan oleh Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana, Tuan Haji Yasim Mohamed dan diteruskan dengan penyampaian voucer kepada peserta program. Tepat jam 9.30 pagi, bas yang disediakan untuk membawa peserta bertolak dengan diiringi pasukan polis peronda Balai Polis Bukit Puchong, pasukan polis trafik Ibu Pejabat Daerah Subang Jaya dan Puchong Bikers.
 
Atas bantuan pelbagai pihak ini, rombongan berjaya sampai ke IOI Mall, destinasi membeli barang keperluan sekolah peserta kurang 30 minit selepas bas bertolak. Di sana, peserta diraikan oleh kakitangan AEON dengan diiringi sehingga ke lokasi membeli barang keperluan sekolah.
 
Pelbagai telatah dan gelagat peserta dapat dilihat ketika sesi tersebut. Selain bersama keluarga, sebahagian peserta juga turut dibantu oleh petugas daripada Persatuan Belia Masjid Selangor atau PBMS. Masa diberi untuk setiap peserta ialah dua jam. Rombongan bertolak pulang tepat jam 12.30 tengah hari.


Peserta bergambar dihadapan bas bersama Nazir Masjid As-Salam, petugas dan pengiring

 
Peserta disambut dan diiringi petugas AEON


Selesai solat Zohor berjemaah, peserta program diraikan dengan majlis penutup program Back to School dengan dihadiri Nazir Masjid As-Salam, Tuan Haji Yasim Mohamed, Ketua Kampung Batu 14, Tuan Haji Mohd Shariff Iskandar, wakil pasukan polis peronda dan Puchong Bikers. Penyerahan barang keperluan sekolah oleh Nazir Masjid As-Salam kepada peserta mengakhiri program Back to School 2014 kali ini.
 
Gelagat peserta ketika sesi membeli-belah

 
Gelagat peserta ketika sesi membeli-belah



Peserta gembira bersama menunjukkan barang yang dibeli


Pihak AEON turut memberi sumbangan
Rombongan selamat tiba dari IOI Mall ke Masjid As-Salam

Pengiring yang menyumbang tenaga menjaga keselamatan rombongan, dari kiri: Puchong Bikers, Polis Trafik Balai Polis Bukit Puchong dan Polis Peronda IPD Subang Jaya

Ucapan penutup oleh Pengarah Program, En Muhammad Nor Afizan

Majlis Penutup Program Back to School 201
 
Ketua Kampung Batu 14, Tuan Haji Shariff Iskandar turut hadir memeriahkan majlis
Ucapan perasmian penutup oleh Nazir Masjid As-Salam


Penyerahan bantuan oleh Nazir Masjid As-Salam, Tuan Haji Yasim Mohamed kepada peserta


Penyerahan saguhati kepada pihak polis
Penyerahan saguhati kepada pihak polis
 

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories