Selasa, Disember 31, 2013

Laporan Majlis Hi-Tea bersama Wanita IKRAM (25 Disember 2013)


Pendaftaran peserta Majlis Hi-Tea Wanita 2013
 Kebelakangan ini, isu berkaitan institusi kekeluargaan yang gagal sering terpampar di muka depan akhbar. Berikutan ini, IKRAM Subang Jaya (NGO) dengan kerjasama Biro Muslimat Masjid As-Salam telah menganjurkan Majlis High Tea dengan menjemput kaum muslimat di sekitar Puchong untuk sama-sama merungkai permasalahan dan mencari penyelesaian untuk isu-isu berkaitan keluarga.


Perasmian oleh Nazir Masjid As-Salam, Tuan Hj. Yasim b. Mohamed

Majlis telah dimulai dengan bacaan al-Quran daripada adik Nusaibah dan kata-kata aluan pengerusi majlis disamping ucapan Ketua Wanita IKRAM SJ dan diikuti perasmian oleh Nazri Masjid As-Salam, Tuan Hj. Yasim. Ceramah yang membawa tajuk ‘Mengarus Perdanakan Keluarga Asas Pembangunan Masyarakat’ telah diberikan oleh Dr. Roselainy Bt. Abdul Rahman dengan membawa mesej penting sepeti teras masyarakat bermula daripada terbentuknya sebuah institusi keluarga yang melibatkan seorang lelaki dan perempuan.

Ketua Biro Muslimat Masjd As-Salam menyampaikan cenderahati kepada adik Nusaibah

Para hadirin telah didedahkan mengenai deklarasi-deklarasi penting yang telah ditandatangani oleh Malaysia antaranya DOHA dan Convention on the Elimination of all Forms of Violence and Discrimination Againts Women (CEDAW) yang dapat membantu dalam menjaga hak asasi wanita. Namun demikian, terdapat akta yang dapat mengancam undang-undang kekeluargaan antarabangsa.
Majlis yang dihadiri oleh 132 orang yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum ibu telah memberikan reaksi yang baik apabila mereka turut merasai kepentingan menyokong agenda arus perdana keluarga untuk memastikan kesejahteraan masyarakat.
Majlis dibuka dengan bacaan al-Quran dan kata-kata aluan daripada Ketua Wanita Ikram Subang Jaya
Penceramah, Dr. Roselainy Bt. Abdul Rahman
 

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories