Isnin, Disember 23, 2013

Laporan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2013


Jika ditanya apakah penanda aras bagi sesebuah kejayaan? Sudah pasti jawapan stereotaip yang akan diperoleh daripada masyarakat seperti keputusan peperiksaan yang cemerlang. Tidak dinafikan memperoleh keputusaan peperiksaan cemerlang adalah satu kejayaan namun tidak semua manusia yang diciptakan Allah SWT mempunyai kelebihan dalam menuntut ilmu akademik yang dinilai dengan peperiksaan.

Rentetan keluarnya keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2013 yang lalu, Biro Hal Ehwal Wanita Masjid As-Salam Puchong Perdana telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Anak Kariah Masjid As-Salam Puchong Perdana.
 
Anugerah ini bertujuan bagi meraikan kejayaan anak kariah bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, malah dari sisi kokurikulum dan sahsiah serta akhlak mereka. Proses dan pemilihan pelajar mengambil masa kurang tiga minggu sebelum tarikh berlangsungnya majlis anugerah ini.
 
Keputusannya, seramai 12 orang pelajar terpilih untuk menerima anugerah kecemerlangan iaitu 6 orang memperoleh 5A, 2 orang memperoleh 4A, tiga orang 3A dan seorang pelajar darjah lima sebagai pelajar harapan. Pelajar cemerlang bagi anugerah ini jatuh kepada adik Nurul Farzana binti Ali yang memperoleh 5A dalam UPSR, Pangkat Mumtaz dalam PSRA dan cemerlang kokurikulum.
 
Adik Nurul Farzana turut berkongsi tips kejayaannya ketika dijemput memberi ucapan. Penyampaian anugerah disampaikan oleh Tuan Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana, Haji Yasim Mohamed dan beliau melahirkan rasa tahniah atas kejayaan anak kariah Masjid As-Salam dan mengharapkan majlis sebegini mampu meningkatkan semangat anak-anak kariah untuk berjaya dalam kehidupan masing-masing. Majlis bermula selepas solat Maghrib dan bersurai jam selepas jamuan.
 
 
 
Pelajar Cemerlang Augerah Kecemerlangan Anak Kariah Masjid As-Salam Puchong Perdana, Nurul Farzana binti Ali dan keluarga bergambar bersama Tuan Haji Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana
Nama:              Nurul Farzana binti Ali
Umur:              12 tahun
Sekolah:          Sekolah Rendah Kebangsaan Puchong Indah
                        Sekolah Rendah Agama Batu 13 Puchong
Pencapaian:
1.      Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)                   : 5A
2.      Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA)                : Mumtaz (97%)
3.      Dilantik sebagai pengawas sesi 2012 dan 2013
4.      Aktif menyertai pertandingan pidato, bercerita dan kalam jama’i
5.      Mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita sehingga peringkat negeri
 
 
 
 
 
 


 

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories