Isnin, Disember 09, 2013

Laporan Kelas Kemahiran Masakan dan Gubahan

Peserta khusyuk mengamati dan menyalin tips yang diberi

Dalam merealisasikan visi Masjid As-Salam Puchong Perdana untuk menjadikan masjid sebagai pusat perkembangan ilmu, Biro Hal Ehwal Wanita telah mengadakan kelas kemahiran masakan dan gubahan untuk ahli kariah sekitar Masjid As-Salam Puchong Perdana.


Dr. Siti selaku tenaga pengajar sedang memberi taklimat dan panduan kepada peserta

Sehingga hari ini kelas kemahiran masakan dan gubahan ini telah berjaya dijalankan sebanyak dua kali dan mendapat sambutan menggalakkan daripada ahli kariah yang terdiri daripada wanita termasuklah ibu tunggal dan beliawanis.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi latihan kemahiran dari segi teori dan amali juga memberi latihan lanjutan bagi meningkatkan kemahiran ahli kariah dalam masakan dan gubahan.

Kelas ini melatih ahli kariah terutama wanita supaya berpengalaman dan sebagai platform menceburkan diri dalam bidang perniagaan (makanan). Biro Hal Ehwal Wanita juga berharap kelas ini mampu menyuntik semangat peserta untuk berdikari supaya mampu bekerja sendiri.




Sekitar sesi menghias kek yang telah siap dibakar
 

Peserta menunjukkan kemahiran masing-masing dalam menggubah hiasan buah
 

Antara hasil masakan dan gubahan
 
 

Laporan oleh:
Adiba Munira bt Mohammad Amin

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories