Selasa, Disember 03, 2013

Khatan Perdana 2013 meriah !!!





Dalil utama berkaitan Khatan adalah

خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب
Ertinya:
Lima perkara fitrah: berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai.

(HR. Muslim)

Berdasarkan pada hadis yang menyaran umat Islam agar berkhatan ini, Biro Hal Ehwal Wanita dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid As-Salam Puchong Perdana telah mengambil inisiatif untuk mengadakan program tahunan Masjid iaitu Khatan Perdana pada hari Sabtu, 30 November yang lalu.
 Program ini ternyata mendapat sambutan diluar jangkaan dengan bilangan peserta seramai 60 orang dari peringkat umur seawal 4 tahun hingga 12 tahun.
Masjid As-Salam Puchong Perdana turut mengambil peluang menaja dua orang peserta Asnaf yang mengambil bahagian dalam program Khatan Perdana ini.


Program dimulakan dengan perarakan bunga telur dan peserta sekitar Masjid As-Salam diikuti perasmian oleh Tuan Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana, Haji Yasim Mohamed.

Taklimat kemudiannya diberikan oleh wakil Kajang Plaza Medical Centre (KPMC) kepada peserta sebelum acara bersiram oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat Puchong dilakukan.

Pelbagai gelagat dan keletah peserta dapat dirakam sekitar program berlangsung. Rata-rata ibu bapa berpuas hati dengan acara dan khidmat yang disediakan pihak Masjid As-Salam Puchong Perdana serta pihak KPMC sepanjang program Khatan Perdana berjalan.

Program berakhir dengan penyampaian cenderahati kepada peserta dan solat Zohor berjemaah.

Pihak Masjid As-Salam Puchong Perdana merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak KPMC dan Balai Bomba dan Penyelamat Puchong atas kerjasama yang terbaik diberikan.



Sekitar sesi taklimat oleh pengarah program, Puan Hajjah Noor Akmar kepada peserta Khatan Perdana




Tuan Nazir, Haji Yasim Mohamed menyampaikan cenderahati kepada salah seorang peserta Khatan Perdana 2013
Laporan oleh:
Adiba Munira bt Mohamad Amin

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories