Khamis, November 14, 2013

Laporan Lawatan Kerja AJK dan Pegawai Masjid Daerah Kepala Batas ke Masjid As-Salam


Ust Bukhori, ahli Majlis Hal Ehwal Agama Pulau Pinang menyampaikan cenderahati kepada Tuan Nazir Masjid As-Salam 

Puchong, 9 Nov 2013; Pentadbiran Pejabat Agama Daerah Kepala Batas telah mengadakan satu lawatan untuk AJK Masjid dan Pegawai Masjid Daerah Kepala Batas Pulau Pinang ke Masjid sekitar Kuala Lumpur serta Selangor dan Masjid As-Salam Puchong Perdana antara masjid yang dipilih untuk dilawati.



Rombongan yang membawa 42 orang peserta ini berpeluang menunaikan Solat Jumaat di sini selepas makan tengahari. Seusai solat Jumaat, mereka telah dibawa meninjau kemudahan prasarana di Masjid As-Salam Puchong Perdana, kemudiannya mendengar taklimat pengimarahan dan pengurusan masjid oleh Tuan Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana.
 
Peserta memberi reaksi positif dengan bertanyakan pelbagai soalan sepanjang taklimat diberi. Rata-rata dari mereka berpuas hati dengan taklimat dan berkongsi pelbagai pendapat dan harapan untuk merealisasikan sistem pengimarahan dan pengurusan seumpama Masjid As-Salam Puchong Perdana di masjid dan surau mereka. Lawatan berakhir selepas minum petang dan Solat Asar berjemaah.






Laporan oleh:
 
Adiba Munira bt Mohd Amin

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories