Khamis, Oktober 24, 2013

Masjid As-Salam Kongsi Pengalaman

AJK Masjid Felda Kratong 1, Pahang bergambar bersama Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana

Sistem pengurusan Masjid As-Salam Puchong Perdana yang cekap, kondusif dan mempunyai persekitaran menenangkan, menarik perhatian Jemaah dan ahli jawatankuasa (ajk) Masjid Jamek Felda Kratong 1, Pahang dalam sesi lawatan sambil belajarnya pada 23 Oktober 2013 yang lalu.

Rombongan seramai 42 orang dibawa melihat kemudahan dan prasarana yang disediakan di masjid itu, ternyata mereka benar-benar kagum dengan kemudahan berkenaan.

Sesi taklimat dan penerangan diperjelaskan secara komprehensif oleh Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana, Tuan Haji Yasim Mohamed dan ia mengambil masa selama dua jam. Kemudian disusuli dengan sesi soal jawab mengenai pengurusan masjid.

Ternyata rombongan tersebut berpuas hati dan bersedia untuk meningkatkan lagi sistem pengurusan masjid kariah mereka. Situasi ini dilihat perlu kerana rumah Allah swt kini mempunyai banyak fungsi kepada masyarakat dan bukannya untuk bersolat semata.











Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories