Ahad, Oktober 20, 2013

Kekosongan Jawatan: Penolong Pembantu Tadbir

Masjid As-Salam Puchong Perdana mempelawa Warganegara Malaysia khususnya dari kalangan anak kariah yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan seperti yang tertera di bawah:
 
Jawatan : Penolong Pembantu Tadbir
Taraf jawatan: Sepenuh masa
Masa kerja : 9:00pg - 5.00ptg
Cadangan gaji : Berpatutan

Kelayakan :
1) Sekurang-kurangnya berkelulusan SPM
2) Berkemahiran menggunakan asas komputer seperti MS Windows, Excel, Power points, internet explorer & e-mailing.
3) Personaliti baik serta memiliki sikap yang betul
4) Seorang muslimah
5) Berumur 18 ~ 30 tahun

Antara Tugasan dan skop-kerja: 

1) Urusan penyediaan surat menyurat untuk pengesahan dan tindakan Setiausaha
2) Urusan penyerahan dan penerimaan surat.
3) Filing sistem
4) Rekod-rekod anak kariah (utk kegunaan bulk SMS dan keperluan JAIS)
5) Penyelarasan rekod-rekod pelajar dan kutipan yuran pelajar Tuisyen Matematik, Inggeris, Kelas Komputer, Kelas Al Quran, Kelas Muslimat, dll
6) Penyimpanan dan penyelarasan bil-bil/resit-resit kewangan
7) Menjadi pembantu penuh kepada Setiausaha dan Bendahari As-Salam
8) Perkara-perkara lain yang diarahkan oleh Tuan Nazir Masjid As-Salam

Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus dengan menghantar e-mail kepada: Nazir.assalam@gmail.com atau permohonan bolehlah dihantar secara bertulis kepada:

Tuan Nazir,
Masjid As-Salam Puchong Perdana
Persiaran Puchong Perdana
47150 Puchong Selangor D.E.

Maklumat permohonan mestilah mengandungi RESUME dan 1 salinan IC. Anda juga boleh menghantar permohonan terus ke Pejabat Nazir Masjid As-Salam dengan memasukkan butiran permohonan ke dalam sampul surat. 

Tarikh tutup permohonan: 10hb November 2013

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories