Khamis, Oktober 31, 2013

AJK Masjid Al-Hijrah Kota Warisan Sepang berkunjung ke As-Salam

Rombongan pelawat daripada Masjid Al-Hijrah, Kota Warisan Sepang (30.10.2013)
 

Jumaat, Oktober 25, 2013

Pertubuhan PERKIM dan AJK Masjid Imam Asy-Syafie Taman Maluri KL berkunjung ke As-Salam

Anggota rombongan daripada Masjid Imam Asy-Syafie Taman Maluri KL di ketuai oleh Hj Md Nor b. Ibrahim, Pengerusi masjid (baju biru bersongkok)
Anggota rombongan daripada Pertubuhan PERKIM KL diketuai oleh Dato' Hj Hasbullah (jaket hitam)

Khamis, Oktober 24, 2013

Masjid As-Salam Kongsi Pengalaman

AJK Masjid Felda Kratong 1, Pahang bergambar bersama Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana

Sistem pengurusan Masjid As-Salam Puchong Perdana yang cekap, kondusif dan mempunyai persekitaran menenangkan, menarik perhatian Jemaah dan ahli jawatankuasa (ajk) Masjid Jamek Felda Kratong 1, Pahang dalam sesi lawatan sambil belajarnya pada 23 Oktober 2013 yang lalu.

Rombongan seramai 42 orang dibawa melihat kemudahan dan prasarana yang disediakan di masjid itu, ternyata mereka benar-benar kagum dengan kemudahan berkenaan.

Sesi taklimat dan penerangan diperjelaskan secara komprehensif oleh Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana, Tuan Haji Yasim Mohamed dan ia mengambil masa selama dua jam. Kemudian disusuli dengan sesi soal jawab mengenai pengurusan masjid.

Ahad, Oktober 20, 2013

Kekosongan Jawatan: Penolong Pembantu Tadbir

Masjid As-Salam Puchong Perdana mempelawa Warganegara Malaysia khususnya dari kalangan anak kariah yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan seperti yang tertera di bawah:
 
Jawatan : Penolong Pembantu Tadbir
Taraf jawatan: Sepenuh masa
Masa kerja : 9:00pg - 5.00ptg
Cadangan gaji : Berpatutan

Kelayakan :
1) Sekurang-kurangnya berkelulusan SPM
2) Berkemahiran menggunakan asas komputer seperti MS Windows, Excel, Power points, internet explorer & e-mailing.
3) Personaliti baik serta memiliki sikap yang betul
4) Seorang muslimah
5) Berumur 18 ~ 30 tahun

Jumaat, Oktober 18, 2013

Ibadah Korban di Masjid As-Salam meriah !!

Petugas dan sukarelawan sedang melaksanakan tugasan 

Suasana Solat Hari Raya Eidul Adha di Masjid As-Salam

Tuan Nazir memberi penerangan kafiat Solat Sunat Hari Raya Eidul Adha

Jumaat, Oktober 11, 2013

Karnival Masjid sempena Program Raudhah Dihatiku TV9 meriah !!! (2)

Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana mengalu-alukan kerjasama dalam Program Raudhah Dihatiku TV9

Khamis, Oktober 10, 2013

Karnival masjid Sempena Raudhah Di Hatiku TV9 meriah !!! (1)




Hj Azmi Ghani, Timbalan Nazir dan En Mohd Norafizan b. Ibrahim, Pengarah Program Karnival masjid menjadi tetamu di slot Nasi Lemak Kopi O TV9 pada 5.10.2013

Grab this Widget ~ Blogger Accessories