Khamis, September 26, 2013

Kuliah Dhuha Muslimat


Memandangkan Hari Raya Aidil Adha yang akan menjelang tiba   Biro Muslimat mengambil kesempatan mengadakan Kuliah Dhuha yang diberi tajuk  BUKTI CINTA HAJAR  Ianya mendapat sambutan.  Seramai  53 orang yang hadir mendengar   Kuliah  tersebut merasa berpuas hati dengan ceramah yang diberi.

Selasa, September 24, 2013

Isnin, September 23, 2013

KURSUS PRA PERKAHWINAN SIRI 5 ANJURAN MASJID AS SALAM MENGGAMIT RAMAI PESERTA

Peserta-peserta Kursus Pra-Perkahwinan September 2013

Masjid As Salam Puchong Perdana sekali lagi menjadi pilihan bakal-bakal pengantin sebagai destinasi untuk mengikuti kursus Pra Perkahwinan. Kursus yang diadakan pada 21-22 November 2013 telah mendapat sambutan dengan kehadiran seramai 125 orang peserta.

Encik Mohd Saiful Azmi yang merupakan OKU begitu teruja dengan kemudahan ‘ramp’ yang ada di Masjid As Salam yang memberi kemudahan beliau untuk mengikuti kursus di sini.

Selasa, September 17, 2013

Nazir As-Salam kongsi pengalaman mengurus masjid


Puchong, 14hb September 2013; Masjid As-Salam Puchong Perdana menjadi destinasi pertama rombongan lawatan Nazir-nazir Masjid dan Kakitangan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Kuala Selangor Sabtu lalu. Mengetuai rombongan ialah Ustaz Muhamad Yusof bin Masran, Ketua Unit Pengurusan Masjid Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor. 

Majlis Ilmu Bicara As-Salam Siri 7 meriah !!!

Ahli Panel Majlis Ilmu Bicara As-Salam Siri 7 ialah Ust Dato' Mohd Zawawi Yusoh, Hj Yasim Mohamed (Moderator) dan Ustazah Norhafizah bt Musa
Sebahagian daripada tetamu yang hadir di Majlis Ilmu Bicara As-Salam Siri 7
Grab this Widget ~ Blogger Accessories