Khamis, Ogos 15, 2013

Majlis Penghargaan Meraikan Petugas Ramadhan dan bermaaf-maafan


Satu Majlis Penghargaan meraikan petugas Ramadhan dan bermaaf-maafan sebelum pulang ke kampung berhari raya telah diadakan pada 5 Ogos 2013 di Dewan Serbaguna Masjid As-Salam.

Dalam ucapan penghargaannya Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat didalam pengimarahan masjid disepanjang bulan ramadhan yang lalu.


Semua petugas telah dijemput dan diraikan dengan sedikit "makan-makan" dan penyampaian saguhati.

Majlis berakhir dengan majlis bermaaf-maafan sebelum pulang ke kampung berhari-raya.



Tuan Nazir menyampaikan saguhati kepada semua petugas


Ketua-ketua Biro menyampaikan ucapan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua petugas

Petugas diraikan dengan sedikit jamuan makan-makan












Jawatan kuasa Kariah As-Salam sesi 2012 ~ 2015

Jawatankuasa Tadbir terdiri daripada (dari kiri): En Abd Rahman (Bendahari), Hj Azmi Ghani (Timbalan Nazir),
Hj Yasim Mohamed (Nazir Masjid As-Salam), En Suhaimi Ishak (Setiausaha).

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories