Jumaat, Ogos 30, 2013

Majlis Rumah Terbuka & Jamuan Hari Raya Aidil Fitri Masjid As-Salam 2013 meriah !!

Ketua Paderi Kristian Rev. Leonard Lexson daripada Gereja Besar Holy Roman Catholic Church Puchong disambut oleh Hj Ahmad b. Hassan (Imam) dan En Harun Nayan (AJK) Masjid As-Salam.

Masjid As-Salam Puchong Perdana telah menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 1434H / 2013M di Pekarangan Masjid pada Ahad, 25 Ogos 2013 bersamaan 18 Syawal 1434H bermula jam 2:00 ~ 4:00 petang. 

Bersesuaian dengan Bulan Syawal yang akan berakhir tak berapa lama lagi, ianya merupakan Program Tahunan Masjid As-Salam untuk mengeratkan silaturrahim di antara pegawai dan kakitangan Masjid As-Salam dengan semua anak kariah dan para jemputan yang hadir tidak mengira bangsa, agama mahupun budaya.

Program ini telah dirasmikan oleh Tn Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana dan dihadiri oleh ribuan ahli kariah dan jemaah  dari sekitar Puchong dan juga tetamu-tetamu khas yang di jemput untuk memeriahkan lagi Majlis Jamuan tersebut. 
Ini termasuklah ketua-ketua agama serta tetamu yang datang dari pelbagai bangsa mahupun agama. Ianya dapat memupuk semangat muhibah dan perpaduan diantara kaum yang menjadi asas kesejahteraan Negeri Selangor Darul Ehsan. 
Dalam ucapan perasmiannya, Tuan Nazir menyatakan bahawa Majlis ini dapat memberi peluang seluas-luasnya kepada semua warga kerja Masjid As-Salam Puchong Perdana dan juga para tetamu yang hadir untuk merapatkan silaturrahim dan ukhuwwah dengan lebih mengenali antara satu sama lain terutamanya yang menjadi ahli kariah dari sekitar Puchong. 

Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis pada tahun ini khususnya En Mohd Nor Afizan b. Ibrahim yang bertindak selaku Pengarah Program. Tak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua AJK, Biro Muslimat, Persatuan Belia Masjid Selangor (PBMS), Rela Masjid, sukarelawan dan petugas yang bertungkus-lumus memastikan program berjalan lancar seperti yang dirancang.


Majlis turut diserikan dengan persembahan oleh artis Iwan Syahman (Iwan Dangdut) yang turut megendalikan beberapa permainan untuk kanak-kanak.











Tuan Nazir meyambut dan meraikan Rev Leonard Lexson dan rombongannya dari Holy Roman Catholic Church Puchong











Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories