Selasa, Ogos 20, 2013

Laporan: Majlis Khatam Al-Quran Muslimat 2013


Majlis Khatam Al-Quran Muslimat telah berlangsung pada 3 Ogos 2013 bersamaan dengan 25 Ramadhan 1434H. Majlis dimulakan dengan solat Tasbih pada jam 08.00am di dewan solat utama. 


Perasmian majlis Khatam Al-Quran kali ini telah dirasmikan oleh Nazir Masjid As-Salam sendiri, Tuan Haji Yasim B. Mohamed. Seterusnya ustazah Junaidah telah memimpin 78 peserta Tadarus tahun ini dalam majlis kemuncak, Khatam Al-Quran Muslimat 2013.



Alhamdulillah, Setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada kepada Allah SWT kerana dengan izinNya majlis berjalan lancar seperti yang dirancang. 

Diakhir majlis penyampaian hadiah diberikan kepada semua peserta Tadarus dan sekalung penghargaan & hadiah kepada Ustazah Junaidah atas kesudian beliau meluang masa bersama-sama menjayakan majlis kali ini. 

Turut tidak dilupakan hadiah saguhati juga diberikan kepada muslimat yang hadir menyerikan majlis Khatam Al-Quran As-Salam 2013. 

Pihak penganjur juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua jawatankuasa biro muslimat dan semua peserta yang terbabit atas komitmen yang diberikan. Semoga usaha sebegini dapat diteruskan dimasa akan datang, insya Allah.







Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories