Jumaat, Ogos 30, 2013

Lagi gambar Suasana Rumah Terbuka Hari Raya

Para tetamu bertali arus hadir dan disambut oleh Tuan Nazir dan semua AJK

Suasana Rumah Terbuka & Jamuan Raya di As-Salam

Tuan Nazir bergambar dengan semua ajk dan petugas Majlis Rumah Terbuka Hari Raya 2013

Majlis Rumah Terbuka & Jamuan Hari Raya Aidil Fitri Masjid As-Salam 2013 meriah !!

Ketua Paderi Kristian Rev. Leonard Lexson daripada Gereja Besar Holy Roman Catholic Church Puchong disambut oleh Hj Ahmad b. Hassan (Imam) dan En Harun Nayan (AJK) Masjid As-Salam.

Masjid As-Salam Puchong Perdana telah menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 1434H / 2013M di Pekarangan Masjid pada Ahad, 25 Ogos 2013 bersamaan 18 Syawal 1434H bermula jam 2:00 ~ 4:00 petang. 

Bersesuaian dengan Bulan Syawal yang akan berakhir tak berapa lama lagi, ianya merupakan Program Tahunan Masjid As-Salam untuk mengeratkan silaturrahim di antara pegawai dan kakitangan Masjid As-Salam dengan semua anak kariah dan para jemputan yang hadir tidak mengira bangsa, agama mahupun budaya.

Selasa, Ogos 20, 2013

Laporan: Majlis Khatam Al-Quran Muslimat 2013


Majlis Khatam Al-Quran Muslimat telah berlangsung pada 3 Ogos 2013 bersamaan dengan 25 Ramadhan 1434H. Majlis dimulakan dengan solat Tasbih pada jam 08.00am di dewan solat utama. 

Laporan: Meraikan Anak Yatim Membuat Persiapan Raya




Puchong, Sabtu, 3 ogos 2013; Tidak dapat digambarkan betapa seronoknya kanak-kanak ini setelah diberi peluang untuk memilih sendiri kelengkapan bagi menyambut hari raya aidilfitri yang akan tiba beberapa hari lagi. 

Jumaat, Ogos 16, 2013

Khamis, Ogos 15, 2013

Majlis Penghargaan Meraikan Petugas Ramadhan dan bermaaf-maafan


Satu Majlis Penghargaan meraikan petugas Ramadhan dan bermaaf-maafan sebelum pulang ke kampung berhari raya telah diadakan pada 5 Ogos 2013 di Dewan Serbaguna Masjid As-Salam.

Dalam ucapan penghargaannya Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat didalam pengimarahan masjid disepanjang bulan ramadhan yang lalu.

Rabu, Ogos 14, 2013

Majlis Penyampaian sumbangan untuk asnaf, peserta tadarus dan petugas Ramadhan di Surau Ar-Ridhuan Puchong Permai

Tuan Nazir Masjid As-Salam bergambar bersama-sama dengan AJK Surau Ar-Ridhuan Puchong Permai
Puchong, 3hb Ogos 2013; Satu majlis penyampaian sumbangan kepada asnaf zakat, peserta tadarus dan petugas Ramadhan telah diadakan di Surau Ar-Ridhuan Puchong Permai.

Hadir menyempurnakan majlis Penyampaian Sumbangan ini ialah Tuan Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana.

Selasa, Ogos 13, 2013

Tazkirah Ramadhan oleh Sheikh Nuruddin di As-Salam



Sheikh Nuruddin menyampaikan tazkirah Ramadhan di As-Salam 


Isnin, Ogos 12, 2013

Gambar-gambar disekitar Program Bersama 3 Ustazah (Astro)

Masjid As-Salam dipilih untuk menjadi lokasi rakaman Program Bersama 3 Ustazah oleh Astro

Selasa, Ogos 06, 2013

Imam Taraweh Jemputan selesai tugas di As-Salam



Dua orang pelajar dari Madrasatul Ulum Seri Petaling telah dijemput untuk menjadi Imam solat Taraweh di Masjid As-Salam. Pelajar-pelajar ini ialah Mohd Hishamuddin b. Salleh, 25 tahun berasal dari Pasir Mas Kelantan dan Mohd Amirul Hafiz, 19 tahun berasal dari Ampangan Seremban.
 

Khamis, Ogos 01, 2013

Kisah dan Tauladan "Kasut Buruk"


Kuliah Asar Us Azhar Idrus di Masjid As-Salam meriah !!

Kuliah Asar Us Azhar Idrus di Masjid As-Salam pada 28 Julai 2013 mendapat sambutan meriah
Grab this Widget ~ Blogger Accessories