Sabtu, Julai 27, 2013

Program Tadarus & Tadabbur Belia Peringkat daerah Petaling 2013

Peserta Program Tadarus Belia Peringkat Daerah Petaling bergambar bersama-sama dengan YB Dr Yunus Hairi Exco Hal Ehwal Belia Negeri Selangor dan Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana (27.7.2013)

Tarikh: Sabtu, 19 Ramadhan 1434H bersamaan 27 Julai 2013
Masa: 2.00 petang – 8.30 malam
Tempat: Masjid As-Salam Puchong Perdana

Objektif:
1.      Program ini diadakan sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan disamping memupuk semangat di kalangan belia untuk mengimarahkan dan memakmurkan masjid-masjid.
2.      Melalui program ini, belia-belia dapat didedahkan tentang kepentingan untuk melaksanakan ibadah Tadarus dan Tadabbur bukan sahaja di dalam bulan Ramadhan, tetapi di luar bulan Ramadhan


Aktiviti:

11:30 pagi       : Taklimat Program kepada semua urusetia dan pembimbing tadarus
1:00 petang     : Kaunter pendaftaran dibuka
1:23 petang     : Solat Zuhur Berjemaah
2:15 petang     : Pembahagian Kumpulan Tadarus
2:30 petang     : Tadarus dimulakan
3:30 petang     : Majlis Perasmian
4:00 petang     : Tadarus diteruskan
4:45 petang     : Solat Asar Berjemaah
5:30 petang     : Slot Tadabbur oleh Y. Bhg Ustaz Husni bin Abdul Rahman
6:50 petang     : Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil
7:30 petang     : Iftar Jamai’e dan Solat Maghrib


Program Tadarus dan Tadabbur Belia Daerah Petaling 2013 yang diadakan pada Sabtu, 19 Ramadhan 1434H bersamaan 27 Julai 2013 di Masjid As-Salam Puchong Perdana telah disertai hampir 200 orang belia yang hadir bukan sahaja dari daerah Petaling, tetapi dari seluruh pelusuk negeri Selangor dan Kuala Lumpur. 

Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dr Ahmad Yunus Hairi, Exco Belia dan Sukan Negeri Selangor. Turut hadir menjayakan majlis perasmian Program Tadarus dan Tadabbur ini ialah Tuan Hj Yasim bin Mohamad, Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana dan Ustaz Hashim bin Mohamad, Penong Pengarah Unit Ukhwah, Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Program ini dimulakan selepas selesai solat Zuhur secara berjemaah dengan pembahagian peserta-peserta kepada kumpulan-kumpulan kecil tadarus seramai 10 orang di mana setiap kumpulan akan dibimbing oleh seorang pembimbing tadarus dari Persatuan Belia Masjid Selangor (PBMS). 

Seramai hampir 20 orang pembimbing tadarus telah ditugaskan untuk mendengar dan memperbaiki bacaan Al-Quran dari segi sebutan dan tajwid oleh setiap peserta tadarus. Melalui pendekatan ini, peserta dapat memperbaiki bacaan Al-Quran dengan lebih baik.

Seterusnya, program ini diteruskan dengan program Tadabbur surah Al-Kahfi dan surah Al-Luqman yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Husni bin Abdul Rahman. 


Program Tadabbur ini yang disampaikan dengan cara bersahaja tetapi berkesan oleh Ustaz Husni menarik minat para belia untuk lebih mendalami maksud-maksud ayat-ayat Al-Quran disamping mengambil pelajaran untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Program Tadarus dan Tadabbur Belia Daerah Petaling 2013 ini diakhiri dengan majlis berbuka puasa atau Iftar Jamai’e dan Solat Maghrib secara berjemaah. 

Rata-rata peserta yang terlibat berpuas hati dan gembira dengan program ini dan berminat untuk menyertai program-program sebegini pada masa akan datang. 

Sehubungan dengan itu, pihak penganjur ingin merakamkan penghargaan kepada Yang Berbahagia Dr Ahmad Yunus Hairi, Exco Belia dan Sukan Negeri Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Pejabat Agama Islam Daerah Petaling, Nazir Masjid As-Salam, surau-surau di bawah kariah Masjid As-Salam, Pihak Urusetia dan AJK Program dan para peserta yang hadir dari jauh dan dekat dalam menjayakan Program Tadarus dan Tadabbur Belia Daerah Petaling 2013. 

Semoga Allah SWT akan memberkati segala usaha murni untuk menjayakan program ini. 








Peserta Program Tadarus Belia Peringkat Daerah Petaling bergambar bersama-sama dengan YB Dr Yunus Hairi Exco Hal Ehwal Belia Negeri Selangor dan Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana (27.7.2013)






Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories