Khamis, Julai 18, 2013

Majlis Gotong Royong dan Penyampaian sumbangan di Surau Madrasatul Ehsan


Satu Majlis Gotong Royong serta Penyampaian Sumbangan kepada anak-anak yatim, warga emas, ibu tunggal dan asnaf zakat sempena kedatangan Ramadhan telah diadakan di Surau Madrasatul Ehsan Puchong Perdana pada Ahad 30hb Julai yang lalu.

Penyelaras Program, En Abdul Rahman b. Hassan Nordin dan Pengerusi Surau Hj Rosli Husin adalah diantara penggerak utama program yang diadakan ini.

Turut hadir merasmikan majlis ini ialah Nazir Masjid As-Salam Tn Hj Yasim Mohamed. Dalam ucapan perasmiannya beliau mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan merasa terharu melihat semangat "gotong-royong" yang masih tebal tertanam di kariah surau ini.

Biro Muslimat juga tak kurang hebatnya dengan bergotong-royong memasak menyediakan makanan untuk jamuan tengah hari. 

Gotong-royong membersih surau bermula sejak awal pagi. Penglibatan anak kariah surau Madrasatul Ehsan sangat memberangsangkan. 

Program berakhir dengan penyampaian sumbangan dan jamuan makan tengah hari untuk semua yang hadir.








Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories