Isnin, Julai 29, 2013

Sabtu, Julai 27, 2013

Program Tadarus & Tadabbur Belia Peringkat daerah Petaling 2013

Peserta Program Tadarus Belia Peringkat Daerah Petaling bergambar bersama-sama dengan YB Dr Yunus Hairi Exco Hal Ehwal Belia Negeri Selangor dan Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana (27.7.2013)

Tarikh: Sabtu, 19 Ramadhan 1434H bersamaan 27 Julai 2013
Masa: 2.00 petang – 8.30 malam
Tempat: Masjid As-Salam Puchong Perdana

Objektif:
1.      Program ini diadakan sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan disamping memupuk semangat di kalangan belia untuk mengimarahkan dan memakmurkan masjid-masjid.
2.      Melalui program ini, belia-belia dapat didedahkan tentang kepentingan untuk melaksanakan ibadah Tadarus dan Tadabbur bukan sahaja di dalam bulan Ramadhan, tetapi di luar bulan Ramadhan

Isnin, Julai 22, 2013

Tadarus Al-Quran Muslimah berjalan lancar ..


Tadarus Al-Quran Muslimah Masjid As-Salam Puchong Perdana telah bermula pada hari sabtu lepas (13 July 2013 - 27 July 2013). 

Tahun ini tadarus terbahagi kepada 11 kumpulan, setiap kumpulan terdiri daripada 7-8 orang peserta. 

Tadarus bermula dari jam 9.00 pagi - 12.00 tengahari. Majlis Khatam Al-Quran Muslimah 1434H dijadualkan pada 3 Ogos 2013 bersamaan dengan 25 Ramadhan 1434H.

Program Tadarus Al-Quran (Belia) Daerah Petaling 2013

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Temui mereka di As-Salam Ramadhan ini !!!

Khamis, Julai 18, 2013

Majlis Gotong Royong dan Penyampaian sumbangan di Surau Madrasatul Ehsan


Satu Majlis Gotong Royong serta Penyampaian Sumbangan kepada anak-anak yatim, warga emas, ibu tunggal dan asnaf zakat sempena kedatangan Ramadhan telah diadakan di Surau Madrasatul Ehsan Puchong Perdana pada Ahad 30hb Julai yang lalu.

Penyelaras Program, En Abdul Rahman b. Hassan Nordin dan Pengerusi Surau Hj Rosli Husin adalah diantara penggerak utama program yang diadakan ini.

Turut hadir merasmikan majlis ini ialah Nazir Masjid As-Salam Tn Hj Yasim Mohamed. Dalam ucapan perasmiannya beliau mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan merasa terharu melihat semangat "gotong-royong" yang masih tebal tertanam di kariah surau ini.

Selasa, Julai 16, 2013

Kekosongan Jawatan (Segera)

Masjid As-Salam Puchong Perdana mempelawa Warganegara Malaysia khususnya dari kalangan anak kariah yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan seperti yang tertera di bawah:

 
Jawatan : Penolong Pembantu Tadbir
Taraf jawatan: Sepenuh masa
Masa kerja : 9:00pg - 5.00ptg (Isnin hingga Sabtu)
Cadangan gaji : Berpatutan

Kelayakan :
1) Sekurang-kurangnya berkelulusan SPM
2) Berkemahiran menggunakan asas komputer seperti MS Windows, Excel, Power points, internet explorer & e-mailing.
3) Personaliti baik serta memiliki sikap yang betul
4) Seorang muslimah
5) Berumur 18 ~ 30 tahun

Isnin, Julai 15, 2013

Iftar berjemaah erat silaturrahim


BULAN Ramadan sudah pun membuka gelanggangnya pada Rabu lalu. Ramai umat Islam menunggu kedatangan bulan yang penuh keberkatan dan menjanjikan ganjaran pahala yang besar itu.
Sedar atau tidak, cara untuk memperoleh ganjaran pahala lebih besar adalah dengan berbuka puasa, bersahur serta menunaikan solat fardu dan sunat tarawih secara berjemaah.
Walaupun amalan berbuka puasa secara beramai-ramai di restoran merupakan satu pemandangan biasa, jarang kita melihat sekumpulan orang menjamah makanan yang diletakkan di dalam sebuah dulang yang sama. 

Khamis, Julai 11, 2013

Mesyuarat Agong Tahunan As-Salam 2013 selesai dengan jayanya

Sebahagian ahli kariah yang hadir di Mesyuarat Agong Tahunan As-Salam pada 5 Julai 2013 yang diadakan di Dewan Serbaguna Masjid As-Salam Puchong Perdana 

Selasa, Julai 09, 2013

Kejohanan Ping-pong As-Salam 2013: Tradisi diteruskan !!


Alhamdulillah, satu lagi aktiviti riadah yang boleh dianggap suatu tradisi di As-Salam berjaya dilaksanakan sekali lagi.  Pada tahun ini, aktiviti ini telah diadakan pada hari Ahad, 7 Julai 2013 bertempat di Dewan Saidina Abu Bakar, Masjid As-Salam (“MAPP”) bermula jam 8.30 pagi.

Aktiviti telah dimulakan dengan ucapan dari Pengarah Program yang menerangkan kembali serba ringkas berhubung peraturan dan garis panduan kejohanan.  Beliau turut mengalu-alukan kehadiran semua yang bertanding, khususnya, peserta yang menyertai aktiviti ini buat pertama kalinya di MAPP.  


Khamis, Julai 04, 2013

Tuan Nazir menyampaikan Ceramah "Di Ambang Ramadhan" di SMK Pusat Bandar Puchong

Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam menerima cenderahati dari Puan Cheah, Penolong Kanan SMK Pusat Bandar Puchong 

Rabu, Julai 03, 2013

Pameran Kecemerlangan As-Salam: Antara Realiti dan Cabaran

YB Sallehen Mukhyi, Exco Agama dan Datuk Hj Marzuki, Pengarah JAIS antara kenamaan yang  mengunjungi Pameran Kecemerlangan As-Salam.

Pada 17 Jun 2013, Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Selangor (“JAIS”) telah menghubungi saudara Norafizan Ibrahim (“Izan”) melalui telefon bagi mempelawa Masjid As-Salam , Puchong Perdana (“MAPP”) untuk menyertai pameran bersempena majlis Konvensyen Pengurusan Masjid dan Penyerahan Sumbangan Bantuan Moreh Bulan Ramadhan 1434H / 2013M.  
Grab this Widget ~ Blogger Accessories