Ahad, Jun 09, 2013

Program Gotong Royong di Surau As-Solihin



                                         Sebelum                                     Selepas

Pada tarikh 18hb Mei 2013 (Sabtu) bersamaan 8 Rejab 1434H, Ahli Jawatan Kuasa Surau As-Solihin Desa Idaman telah meraikan kedatangan bulan Rejab dengan program sehari bersama Surau As-Solihin khusus untuk ahli kariahnya.

Berikut adalah butiran dan agenda program sepanjang hari tersebut: 1. 8:30 ~ 11:00 pagi: Gotong-Royong pembersihan surau; untuk makluman Surau As-Solihin baru sahaja siap kerja-kerja penambahbaikan pintu masuk utama dan laluan/pintu masuk muslimah berasingan. Disamping mengubah-suai ruang pantri, sinki, dinding pemisah antara bilik air/ruang wudu’ lelaki/perempuan dan tirai pemisah jemaah muslimah.
 





 
4:45 ~ 7:00 petang: Program Usrah (Muslimah); sesi #1 pimpinan Naqibah jemputan iaitu Cik Shahirah Nadiah Bt Shaharuddin pelajar kedoktoran (PhD) Pengajian Islam, Sains dan Fatwa Universiti Mohamed V, Morocco adik kepada ahli kariah yang sedang bercuti. Sesi #2 akan berlangsung pada 8 Jun 2013 (29 Rejab 1434H).






8:30 ~ 10:30 malam: Majlis Kesyukuran; Solat Hajat, Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat.



Seterusnya para jemaah dan jemputan telah sama-sama menjamu selera sehinggalah majlis bersurai.

Akhir kata, segala syukur dan puji-pujian hanya ke hadrat Allah s.w.t. selawat dan salam kepada Rasul junjungan, ahli keluarga Baginda, para Sahabat, para Anbia dan para solihin. Semoga Allah melimpahkan kasih sayang dan rahmatNya buat kita semua serta ditunjukkan jalan yang benar, yakni jalan orang-orang yang diredhai olehNya dan bukan jalan orang-orang yang dimurkaiNya serta jalan orang-orang yang sesat. BarakAllah…
 



 

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories