Selasa, Jun 04, 2013

Pragram sempena Sambutan Hari Ibu meriah !!



 

Bertemakan  Hari  Ibu  ~ Kuliah dhuha telah diadakan di Masjid As-Salam Puchong Perdana pada 25 Mei 2013. Program pengisian jiwa ini  merupakan program yang dianjurkan oleh Biro Muslimat bagi memupuk kesedaran murni  dan melahirkan muslimat yang berketerampilan  serta dedikasi.


 



Program  bermula  jam 8.00 pagi  dengan  solat dhuha. Agenda diteruskan  dengan Tazkirah  mantap disampaikan oleh Ustazah Junaidah Bt. Awang. Ceramah yang bertajuk  “Tangisan Seorang Ibu” pada hari itu begitu mengesankan dan berhasil menyentuh hati  49 akhwat yang hadir dengan rasa sayu & air mata.




Slot akhir ‘Cabutan Bertuah’  kembali menyerikan majlis. Wajah ceria kelihatan jelas diwajah para hadirin yang bukan sahaja pulang bersama ilmu bahkan juga hadiah yang diberikan oleh penganjur program.




Alhamdulillah, majlis yang berjalan lancar diharapkan dapat menorehkan ilmu yang dapat memberi manfaat kepada semua yang hadir.  Dan semoga majlis seperti ini dapat diadakan lagi di masa akan datang ….  InshaAllah



 


Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories