Jumaat, Jun 14, 2013

Majlis Penghargaan di Surau An-Najatul Hasanah Puchong Permai


Tuan Nazir bergambar bersama Pengerusi Surau dan semua AJK Surau An-Najatul Hasanah Puchong Permai

Puchong, 13 Jun 2013; Satu Majlis Penghargaan telah diadakan di Surau An-Najatul Hasanah Puchong Permai bagi menghargai khidmat dan jasa ahli jawatan kuasa surau sesi 2011 ~ 2013. Dalam majlis yang ringkas dan sederhana ini, Hj Yasim Mohamed, Tuan Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana telah dijemput untuk menyampaikan sijil kepada semua AJK.

Dalam ucapannya Tuan Nazir mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis yang penuh bermakna ini. Harapan beliau supaya semua AJK yang dipilih untuk sesi akan datang terus memberi kerjasama kepada Pengerusi surau untuk membangunkan surau An-Najatul Hasanah ini.

Majlis berakhir dengan sesi bergambar dan jamuan makan malam.

Tn Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam menyampaikan sijil penghargaan kepada En Yusof Zimat, Pengerusi Surau An-Najatul Hasanah Puchong Permai










Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories