Jumaat, Jun 21, 2013

Laporan Surau As-Solihin Desa Idaman, Puchong Prima.

Ustaz Rawandi Bin Repini

Pada tarikh 8hb Jun 2013 (Sabtu) bersamaan 29 Rejab 1434H, Surau As-Solihin Desa Idaman telah menganjurkan hari sambutan Isra’ & Mikraj dengan program Usrah Muslimah Sesi ke2 khusus untuk ahli kariah muslimahnya pada waktu petang selepas Asar dan dituruti dengan program Kuliah Maghrib bertajuk “Iktibar Isra’ Mikraj” kepada para jemaah pada waktu menjelang malam hari.


Program Usrah (Muslimah) sesi #2 lanjutan sesi yang lepas, masih lagi dipimpin oleh Naqibah jemputan yang sama sewaktu sesi #1 pada bulan Mei 2013 tempoh hari iaitu Cik Shahirah Nadiah Bt Shaharuddin pelajar kedoktoran (PhD) Pengajian Islam, Sains dan Fatwa Universiti Mohamed V Morocco. 

Beliau telah meneruskan kesinambungan topik-topik yang telah dikongsikan pada pertemuan terdahulu. Antaranya ialah:
1) Tajwid
2) Tafsir (bermula dari Ummul Kitab)
3) Akidah
4) Hukum-hukum Tajwid
5) Kisah-kisah di dalam Al-quran.
6) Akhlak
7) Fiqh Wanita
8) Sirah An-Nabawiyah
9) Dll.

Seterusnya menjelang waktu Maghrib para jemaah dan ahli kariah telah sama-sama mendengar kuliah bertajuk “Iktibar Isra’ dan Mikraj” yang telah disampaikan oleh yang berbahagia Ustaz Rawandi Bin Repini dari Gombak, Selangor Darul Ehsan.


Segala syukur dan puji-pujian ke hadrat Allah s.w.t. kerana atas keizinanNya jualah maka majlis ini dapat dilaksanakan seperti yang telah dirancangkan. Semoga Allah mengurniakan petunjuk dan hidayahNya untuk kita semua. Wassalam…

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories