Khamis, Jun 20, 2013

Laporan Kursus Pengurusan Jenazah Muslimat


Kursus pengurusan jenazah  muslimat diadakan pada 16/6/2013  bersamaan hari Ahad bermula dari jam 8.30am-4.00pm. Kursus ini mendapat sambutan yang sungguh mengalakkan dimana seramai 78org muslimat menghadirinya. 

Program ini dirasmikan oleh Nazir Masjid As-Salam Tuan Hj Yasim bin Mohamed. 
Tujuan diadakan kursus ini adalah  untuk memberi pengetahuan dan tunjuk ajar kepada muslimat cara-cara menguruskan jenazah.

Muslimat sedang tekun mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustazah Junaidah sambil mencatit nota-nota penting.

Ustazah memberi penerangan cara-cara untuk mengkafankan  jenazah. Muslimat mendengar dan memberi perhatian.

Kursus pengurusan Jenazah Muslimat diakhiri dengan penyampaian  sijil kepada semua peserta-peserta. Mereka menyatakan rasa puas hati mereka dan meminta pihak Masjid menganjurkan lagi kursus -kursus seumpama ini ditahun-tahun akan datang.

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories