Ahad, Jun 16, 2013

Kejohanan Ping-Pong Terbuka As-Salam 2013



Peraturan & syarat-syarat pertandingan


PING-PONG AS SALAM 2013
AHAD, 7 Julai 2013
(8.30 pagi – 11.00 malam)

·           Pertandingan ini dianjurkan atas rasa hormat, silaturrahim, semangat kesukanan dan mengutamakan akhlak Islam yang terpuji sepanjang kejohanan ini berlangsung.  Faktor kejujuran dan disiplin diri yang tinggi adalah elemen utama kejohanan

·         Terbuka kepada semua anak kariah LELAKI Masjid As Salam dan para penggemar sukan pingpong

·           Format ‘round robin’ untuk pusingan awal / peringkat kumpulan hingga suku akhir

·           Setiap game berdasarkan kiraan 11 mata, 2 kali servis

·           Pemenang dikira berdasarkan ‘best of two

·           Pemain akan diundi dalam empat / lapan kumpulan

·        Bagi format empat kumpulan, juara dan naib juara kumpulan akan bertanding di peringkat suku akhir.  Format kalah mati dan dijalankan secara bersilang (AB; CD)

·           Bagi format lapan kumpulan, setiap juara kumpulan akan layak ke peringkat suku akhir

·       Di peringkat suku akhir, juara kumpulan akan bertemu secara AB, CD, EF dan GH.  Persaingan secara kalah mati

·           Di peringkat separuh akhir pertemuan pemain akan diundi.  Pemenang dikira berdasarkan ‘best of three’ dan berlangsung secara kalah mati.  Pemain yang kalah akan bertemu untuk penentuan tempat ketiga dan keempat.  Pemenang akan bertemu di perlawanan akhir.  Final akan berlangsung pada jam 9.15 malam (selepas solat isya’).  Hadiah disediakan sehingga tempat keempat sahaja

·           3 markah diberi bagi kemenangan 2-0; 2 markah diberi bagi kemenangan 2-1

·        Jika jumlah markah sama, maka penentuan pemenang akan ditentukan jumlah beza mata kemenangan (nett points difference)

·       Para pengadil perlawanan adalah secara sukarela dari kalangan peserta dan fungsi utama mereka adalah sebagai pencatat markah sahaja

·           Keputusan penganjur adalah muktamad

·           Sebarang pertanyaan, sila hubungi Roslan (012-3726328)

Taklimat & Undian ialah pada Ahad, 30hb Jun 2013, 9:30mlm, Bilik Saidina Umar, Masjid As-Salam Puchong Perdana

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories