Sabtu, Jun 29, 2013

Jumaat, Jun 28, 2013

Khamis, Jun 27, 2013

Lawatan Pegawai dan Kakitangan Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur

Rombongan daripada Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur membuat kunjungan mahabbah di As-Salam

Rabu, Jun 26, 2013

Kursus Haji Intensif Selesai dengan jayanya


Peserta Kursus Haji Intensif sedang tekun mendengar penjelasan daripada Ustaz

Ahad, Jun 23, 2013

Pasukan RELA As-Salam sedia berkhidmat

Pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA As-Salam) diketuai oleh En Mohd Norafizan b. Ibrahim mempunyai 70 orang ahli 

Sabtu, Jun 22, 2013

Taklimat Khas kepada Rombongan dari Pejabat Agama Daerah Kepala Batas Pulau Pinang




Puchong, 16hb Jun 2013;  Rombongan 23 orang yang terdiri daripada guru-guru takmir dan pegawai-pegawai masjid dari daerah Kepala Batas Seberang Perai Pulau Pinang telah membuat lawatan ke Masjid As-Salam Ahad.

Jumaat, Jun 21, 2013

Laporan Surau As-Solihin Desa Idaman, Puchong Prima.

Ustaz Rawandi Bin Repini

Pada tarikh 8hb Jun 2013 (Sabtu) bersamaan 29 Rejab 1434H, Surau As-Solihin Desa Idaman telah menganjurkan hari sambutan Isra’ & Mikraj dengan program Usrah Muslimah Sesi ke2 khusus untuk ahli kariah muslimahnya pada waktu petang selepas Asar dan dituruti dengan program Kuliah Maghrib bertajuk “Iktibar Isra’ Mikraj” kepada para jemaah pada waktu menjelang malam hari.

Khamis, Jun 20, 2013

Laporan Kursus Pengurusan Jenazah Muslimat


Kursus pengurusan jenazah  muslimat diadakan pada 16/6/2013  bersamaan hari Ahad bermula dari jam 8.30am-4.00pm. Kursus ini mendapat sambutan yang sungguh mengalakkan dimana seramai 78org muslimat menghadirinya. 

Program ini dirasmikan oleh Nazir Masjid As-Salam Tuan Hj Yasim bin Mohamed. 

Ahad, Jun 16, 2013

Jumaat, Jun 14, 2013


Majlis Penghargaan di Surau An-Najatul Hasanah Puchong Permai


Tuan Nazir bergambar bersama Pengerusi Surau dan semua AJK Surau An-Najatul Hasanah Puchong Permai

Puchong, 13 Jun 2013; Satu Majlis Penghargaan telah diadakan di Surau An-Najatul Hasanah Puchong Permai bagi menghargai khidmat dan jasa ahli jawatan kuasa surau sesi 2011 ~ 2013. Dalam majlis yang ringkas dan sederhana ini, Hj Yasim Mohamed, Tuan Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana telah dijemput untuk menyampaikan sijil kepada semua AJK.

Rabu, Jun 12, 2013

Menghayati Peristiwa Israk dan Mikraj bersama Nazir As-Salam

Nazir As-Salam menyampaikan ceramah Israk dan Mikraj di Surau Ar-Rahman Taman Puchong Industri pada  12.06.2013

Biro Kebajikan melawat pesakit di Hospital Serdang

Biro Kebajikan As-Salam (En Harun Nayan dan Hj Ahmad Bokhari) menziarahi En Zamry Padillah (anggota Unit Nahi Mungkar As-Salam) di Hospital Serdang (wad 6A, katil no. 17) kerana mengidap penyakit jantung. (13 hb Jun 2013)

Ahad, Jun 09, 2013

Program Gotong Royong di Surau As-Solihin



                                         Sebelum                                     Selepas

Pada tarikh 18hb Mei 2013 (Sabtu) bersamaan 8 Rejab 1434H, Ahli Jawatan Kuasa Surau As-Solihin Desa Idaman telah meraikan kedatangan bulan Rejab dengan program sehari bersama Surau As-Solihin khusus untuk ahli kariahnya.

Berikut adalah butiran dan agenda program sepanjang hari tersebut: 1. 8:30 ~ 11:00 pagi: Gotong-Royong pembersihan surau; untuk makluman Surau As-Solihin baru sahaja siap kerja-kerja penambahbaikan pintu masuk utama dan laluan/pintu masuk muslimah berasingan. Disamping mengubah-suai ruang pantri, sinki, dinding pemisah antara bilik air/ruang wudu’ lelaki/perempuan dan tirai pemisah jemaah muslimah.
 

Selasa, Jun 04, 2013

Pragram sempena Sambutan Hari Ibu meriah !!



 

Bertemakan  Hari  Ibu  ~ Kuliah dhuha telah diadakan di Masjid As-Salam Puchong Perdana pada 25 Mei 2013. Program pengisian jiwa ini  merupakan program yang dianjurkan oleh Biro Muslimat bagi memupuk kesedaran murni  dan melahirkan muslimat yang berketerampilan  serta dedikasi.

Grab this Widget ~ Blogger Accessories