Isnin, Mei 27, 2013

Kursus Haji Bersiri 2013 selesai dengan jayanya


 


26 Jun 2013, Program Kursus Haji Bersiri (KHB) sesi 2013 telah berjaya menamatkan 17 sirinya yang berakhir pada hari ini. Kesemua jumlah peserta seramai 490 orang telah mengikuti kursus ini dengan istiqomah dari mula hingga akhir.
 
Berkat usaha yang jitu dari seorang tenaga pengajar yang amat komited dan sentiasa menjalinkan hubungan baik dengan peserta, membuatkan seluruh peserta begitu selesa menghadirkan diri didalam kursus ini setiap minggu bermula dari awal febuari lagi.



Hasil dari borang kaji selidik dan komentar yang disediakan oleh pihak Lembaga Tabung Haji, rata-rata mereka memberi komen yang positif terhadap tenaga pengajar serta pihak pengurusan Masjid.
 
Diakhir kursus ini, setiap peserta diberi pendedahan tentang amali ketika didalam mengerjakan ibadah haji. Peserta diberi gambaran yang hampir menyerupai keadaan sebenar di kota Mekah ketika mengerjakan tawaf, Sae’i, melontar dan memakai ikhram mengikut hukum dan teknik sebenar sunnah dan mazhab Imam Al Syafie.
 
Permulaan sebelum memulakan praktikal, Mohammad Nor Afizan Ibrahim, selaku pengerusi KHB 2013, telah memberi ucapan ringkas. Katanya, beliau memuji akan kesungguhan seluruh peserta dalam memberi komitmen sepanjang kursus berlansung dan memohon maaf jika ada kelemahan yang berlaku. Beliau berjanji akan cuba untuk memperbaiki lagi dimasa akan datang demi keselesaan peserta agar tidak teragak-agak memilih Masjid As Salam untuk menyertai kursus ini lagi.
 
Ucapan perasmian penutup telah disampaikan oleh Nazir Masjid As Salam, Haji Yasim Mohamed dan diakhiri dengan penyampaian saguhati kepada Ustaz Hashim Fahmi selaku tenaga pengajar dan Puan Hajah Zuriati wakil dari Lembaga Tabung Haji cawangan Kelana Jaya.
 
Pihak pengurusan KHB Masjid As Salam mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada mana-mana pihak terutamanya Lembaga Tabung Haji cawangan Kelana Jaya dan Biro Hal Ehwal Wanita Masjid As Salam yang telah banyak membantu dari mula hingga berakhirnya kursus ini.

Laporan disediakan oleh:
Mohammad Nor Afizan Ibrahim


 
 
 











Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories